Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 2pm

Douglas Lim Cadang 5 Lagu Yang Patut Diharamkan

..

Ekoran lagu Despacito nyanyian Justin Bieber dan Luis Fonsi, Daddy Yankee yang sebelum ini diharamkan penyiarannya oleh radio televisyen Malaysia (RTM), pelawak terkenal Douglas Lim terpanggil untuk berkongsi pendangan beliau mengenai beberapa lagu lagi yang wajar dikenakan tindakan sedemkian.

 

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Douglas secara sinis memuji tindakan sesetengah pihak yang telah mengharamkan lagu tersebut kerana liriknya yang di dakwa berbaur lucah sekaligus dikhuatiri memupuk sikap negatif dikalangan pendengar.

Bahkan dia ada menyenaraikan lima lagi lagu yang dirasakan sepatutnya diharamkan berikutan liriknya yang secara tidak langsung menyelit unsur lucah dan kurang sesuai untuk dipedengarkan pada umum.

Lagu-lagu tersebut ialah Shape of You nyanyian Ed Sheeran, Work From Home, Side To Side, Marvin Gaye dan juga termasuklah lagu rakyat, Rasa Sayang.

..

"Ok, despacito has been band beacuse of contained sexsual elements, that's good. Here is other songs that need to be band also.

"Shape of you by Ed Sheeran the lyric is, Last night you in my room, now my bed sheet smell like you. The Work from home is let my bo do work work work what work?

"The Side to Side, Ariana Grande then you making me walk side to side, why she walk like that? Then Marvin Gay, is talk about gay so obivous loh.

"Then Rasa Sayang, words lihat nona jauh means skodeng, ambil galah tolong jolok that is so disccussing, so people we need to band this song and do it quickly. If there aby other song, please let me know and i will put it in th list," selorohnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pemgikut media sosial. Rata-rata menyifatkan Douglas seorang yang memang lucu dan panda membuat jenaka. Beberapa rakan artis seperti Alif Satar turut share video ini dan disertakan emoticon yang lucu.

..