Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 11am

Blogger Diarah Bayar RM36 juta Tuduh Kolonel Rogol Dirinya

..

 Padah membuat fitnah, seorang blogger wanita diarahkan membayar RM36 juta kepada seorang pegawai tinggi tentera berpangkat Kolonel kerana menuduh lelaki itu merogolnya.

Lapor media antarabangsa, wanita dikenali sebagai Susan Shannon, 52, yang kini menetap di Washington, pertama kali mendakwa telah dirogol oleh Kolonel David ‘Wil’ Riggins pada 1986, ketika mereka berdua menjadi kadet tentera.

Perkara itu ditulis dalam blognya Short Little Rebel pada 2013.

Menurut Susan, dia menunggu sehingga tiga dekad untuk menceritakan pengalaman buruk itu disebabkan kod senyap dalam tentera.

Namun David, yang juga berusia 52 tahun, menafikan dakwaan berkenaan dan mendedahkan tuduhan palsu itu telah menjejaskan kariernya.

David hampir dinaikkan pangkat sebagai Jeneral pada 2013, tetapi disebabkan tuduhan berkenaan, jawatan itu telah dirampas daripadanya.

Semuanya gara-gara tindakan Susan yang memutuskan untuk menjadi hakim dan juri pada dirinya sendiri.

“Saya tidak merogol Susan Shannon. Saya tidak melakukan serangan seksual ke atasnya. Semua ceritanya palsu,’’ kata David dalam satu temubual dengan TV ABC.

Juri kini mengarahkan Susan membayar RM36 juta sebagai pengajaran agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.