Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 2pm

Jihan Tak Mengidam Yang Pelik-pelik

..

Tahniah kepada pasangan selebriti Jihan Muse dan suaminya Ungku Hariz Faizal yang bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

 

Jihan mengumumkan dia kini hamil empat bulan ketika menjadi pengacara menggantikan Neelofa dalam program hiburan Meletop bersama Nabil Ahmad, kelmarin.

Memetik laporan Harian Metro, Ungku Hariz mengakui perasaannya bercampur baur selepas isterinya disahkan berbadan dua. Namun dia bersyukur dan berharap Jihan dan bakal anak sulung mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat.

"Apabila Jihan disahkan mengandung, perasaan saya bercampur baur dan reaksi saya pelbagai. Saya doakan Jihan dan anak dalam kandungan sihat dan selamat hingga dia bersalin," katanya.

Tambahnya, di awal kehamilan Jihan hanya mengalami alahan (morning sickness) namun tidak mengalami masalah mengidam dan meminta makanan pelik-pelik. Cuma waktu makan isterinya berubah-ubah dan tidak tentu masa.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun lalu.