Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 2pm

Lee Hong Ki Buang Bantal Kesayangan Gambar Song Hye Kyo

..

Berita perkahwinan pasangan selebriti sensasi Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo nampaknya bukan saja membuat Lee Kwang Soo cemburu bahkan vokalis kumpulan FT Island, Lee Hong Ki, juga 'makan hati'.

Perasaan kecewanya itu seolah-olah jelas tergambar apabila dia membuang barang kesayangannya iaitu bantal bergambar wajah heroin Decendants of The Sun itu.

Ketika menjadi tetamu program Please Take Care Of My Refrigerator baru-baru ini, Lee Hong Ki mengaku dia sebenarnya sudah meminati Song Hye Kyo sejak dulu lagi. Dedahnya, dia menjadikan aktres berusia 35 tahun itu sebagai wanita impiannya.

Sebagai bukti dia adalah peminat fanatik, Hong Ki membeli bantal yang tertera wajah Song Hye Kyo. Dia juga pernah memuat naik menerusi Instagramnya menunjukkan dia tidur sambil memeluk 'bantal Song Hye Kyo' itu.

..

Namun, selepas mendengar berita perkahwinan pasangan yang juga cukup terkenal dengan gelaran Song Song Couple itu, dia memutuskan untuk 'berpisah' selama-lamanya dari bantal kesayangannya.

Pengumuman perkahwinan Song Song Couple juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai peminat gembira tak kurang juga ramai yang kecewa sehingga papan 'standing figure' Song Joong Ki dijumoai di longgokan sampah sampah. Timbul dakwaa, ada peminat kecewa selepas aktor digilai ramai itu mengesahkan akan menamatkan zaman bujangnya.

Sementara itu, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dikatakan akan melangsungkan perkahwinan mereka di hotel Shilla. Hotel tersebut juga pernah menjadi lokasi perkahwinan sederetan bintang populer Korea.