Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 2pm

Shaheizy Sam Tunggu Penjelasan LHDN

..

Menerusi laporan BH online, pelakon popular Shaheizy Sam memberitahu dia masih menunggu penjelasan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai iklan notis muflis dipercayai membabitkan dirinya, yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

"Ejen cukai saya naik turun pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapat tahu perkara sebenar. Jadi, saya kena tunggu penjelasan mereka sebelum mengulas lanjut.", katanya

Sejak iklan notis kebankrapan terbabit menjadi viral, netizen mula membuat spekulasi berhubung kedudukan kewangan Sam dan berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan pelakon Interchange itu.

Dalam pada itu, Sam mengaku tiada sebarang notis diterimanya daripada LHDN mengenai perkara itu.

"Saya sedang menunggu penjelasan LHDN kerana tiada notis dikeluarkan selama ini.

"Malah, kira-kira dua atau tiga minggu lalu, ada wakil daripada LHDN datang ke rumah untuk berjumpa. Namun, mereka tidak pula memaklumkan perkara ini kepada saya," katanya.