Mon12112017

LAST_UPDATEMon, 11 Dec 2017 7pm

Angelina Jolie Sedia Terima Semula Brad Pitt

..

Aktres Angelina Jolie dikhabarkan bersedia menerima semula Brad Pitt selepas aktor itu dipercayai telah membuang tabiatnya buruknya meminum alkohol.

 

Lapor Us Weekly, Jolie telah memberi kesempatan kepada suaminya itu untuk kembali mengahwininya semula. Malah ibu anak enam itu kini dikatakan lebih sudah lebih tenang dan masih cuba memujuk hatinya.

"Perceraian mereka tidak aktif, mereka tidak melakukan apa-apa proses seterusnya dalam beberapa bulan," kata sumber tersebut.

"Semua orang menjangkakan mereka akan kembali bersama. Bukan menghairankan jika mereka mengumumkan telah membatalkan perceraian dan cuba menyelesaikannya".

Angelina Jolie dan Brad Pitt menikah pada 2014. Mereka memiliki enam orang anak.

Rumah tangga pasangan paling ideal Hollywood ini mula tidak harmonis pada tahun 2016 selepas insiden perselisihan faham antara mereka yang berlaku ketika di atas pesawat. Pertengkaran itu khabarnya karena Jolie tidak suka Brad terlalu banyak meminum alkohol.

Dalam satu temubual bersama sebuah media, Brad mengatakan bahwa dia menukar alkohol dengan jus cranberry.