Wed07262017

LAST_UPDATEWed, 26 Jul 2017 12am

Fathia Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

..

Aktres Nur Fathia Abdul Latiff, 29, khabarnya bakal menamatkan zaman bujangnya sekitar hujung tahun ini dengan jejaka pilihan hatinya., 29, khabarnya bakal menamatkan zaman bujangnya sekitar hujung tahun ini dengan jejaka pilihan hatinya.

Memetik laporan BH online, pelakon yang cukup popular menerusi drama Ariana Rose itu kini semakin rapat dengan jejaka yang hanya diperkenalkan sebagai A yang dikenalinya sejak menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sudah saling mengenali sejak enam tahun lalu, khabarnya hubungan cinta mereka hanya berputik sejak beberapa bulan lalu.

Fathia dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 20-an itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Namun, tarikh masih belum ditetapkan lagi. Mungkin Oktober, November atau Disember.

Selain laporan menyebut, keluarga bagi kedua-dua belah pihak juga sudah lama saling mengenali.