Sun08202017

LAST_UPDATESun, 20 Aug 2017 12am

Imran Ajmain Sudah Terfikir Mahu Kahwin

..

Penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain menyatakan pendirian dan niat untuk lebih serius dalam perhubungan selain bersedia mendirikan rumah tangga bersama wanita yang kini dikatakan masih 'sedang' dikenalinya.

Memetik laporan BH online, Imran berkata, pada usianya yang kini sudah 36 tahun, beliau tidak meletakkan perkara lain sebaliknya lebih serius dan memikirkan soal berumah tangga.

"Ada kawan tetapi belum serius, sudah tentu (nak berumah tangga). Kalau dah lebih 30 (usia) tu kita berkawan dah tiada niat lain, saya pun fokus dan komited pada kerja (nyanyian) sudah 10 tahun.

"Ibu saya juga kini berseorangan dan dia tidak mahu ke Kuala Lumpur, jadi jika saya nak ubah situasi itu saya kena berteman (berkahwin) untuk temankan dia juga," katanya penyanyi yang popular dengan Seribu Tahun ini.