Thu09212017

LAST_UPDATEThu, 21 Sep 2017 8pm

Andy Lau Sudah Boleh Berdiri Sendiri

..

Para peminat Andy Lau sudah boleh menarik nafas lega kerana bintang terkenal Hong Kong ini dilaporkan kini sudah semakin pulih daripada kecederaan patah tulang belakang yang dialaminya pada awal Januari lalu.

Memetik laporan media Hong Kong, Toggle, Andy baru-baru ini mengemaskini status blog rasminya dengan berkongsi foto foto terbaru menunjukkan beliau kini sudah boleh berdiri dengan menggunakan tongkat.

Selain itu, Andy juga memuat naik poster dari filem terbarunya yang berjudul Shock Wave.

"Kamulah yang berdiri di depanku dan menyokongku dari belakang! Tetap lakukan itu!" tulis aktor berusia 55 tahun itu.

Posting tersebut ditijukan khusus untuk para peminat yang selama ini tetap setia menyokong dan mendoakan kesihatannya.

Pada Januari lalu, Andy dilaporkan terjatuh semasa menunggang kuda ketika menjalani penggambaran filem di Thailand. Kuda yang ditunggangginya gagal dikawal lalu mencampa Andy ke tanah, sebelum memijaknya.

Andy dijangka akan kembali aktiviti semula dengan kerjaya seni dalam tempoh enam bulan akan datang.