Sun08202017

LAST_UPDATESun, 20 Aug 2017 12am

Tak Lalu Makan, Berat Brad Pitt Turun 18kg

..

Aktor Brad Pitt dilaporkan mengalami gangguan selera makan semenjak bercerai dengan bekas isterinya, Angelina Jolie. Tambahan dia kini terpaksa duduk berjauhan dengan keenam-enam anaknya yang sekarang berada dibawah jagaan aktres itu.

Memetik laporan media antarabangsa, berdasarkan foto-foto yang tersebar sejak beberapa minggu lalu, Brad kini nampak lebih kurus.

Menurut sumber, bintang filem Allied ini berdepan dengan krisis dalam hidupnya akibat rumah tangganya yang hancur.

Bahkan, Brad disebut tidak mahu makan dan sukar tidur lena. Disebabkan gangguan tersebut, aktor berusia 53 tahun itu kehilangan berat badan sebanyak 18 kg.

Namun, kabar tersebut langsung dibantah oleh pihak Brad. Ia menyebut sang aktor dalam keadaan baik-baik saja.

Bagaimanapun, satu sumber lagi mengungkap, Brad Pitt kehilangan berat badan sejak kebelakangan ini kerana beliau sering bersenam dan raji berjoging bagi mendapatkan stamina untuk persiapan penggambaran filem terbarunya bertajuk Ad Astra. Filem tersebut dijangka bakal memulakan penggambaran pada Julai depan.