Fri05262017

LAST_UPDATEThu, 25 May 2017 11pm

Dian Tak Sengaja

..

Selepas dihujani dengan pelbagai kritikan pedas oleh netizen Indonesia berhubung isu beliau menepis tangan seorang peminat yang mahu berswafoto bersamanya ketika di tayangan filem Kartini baru-baru ini, akhirnya Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.

Menerusi laman Instagram, aktres jelita ini menyuarakan situasi yang dihadapinya tatkala insiden berkenaan dirakamkan.

..

"Sejujurnya itu adalah perkara yang tak disengajakan. Ada seseorang dari belakang yang secara tiba-tiba memegang badan saya.

"Akibat terkejut dan secara tidak sengaja saya menepis dan menghindarinya. Namun saya tidak bermaksud tidak ramah atau tidak sopan.

"Memang video tersebut kemudiannya saya padam agar tidak menimbulkan kesan yang tidak sesuai mengenai apa yang sebenarnya terjadi," tulis Dian.

Tambah Dian dia akur dengan kecaman dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo turut tampil memohon maaf terhadap kelakuan Dian yang dianggap tidak sopan.

{ Baca lagi: Dian Sastrowardoyo Tepis Tangan Peminat, Beri Reaksi Jijik? }