Sun08202017

LAST_UPDATESun, 20 Aug 2017 3pm

Miera Leyana Tak Berdendam Dengan Shahrizal Jaszle

..

Pelakon Miera Leyana menjelaskan beliau tidak menyimpan perasaan dendam terhadap bekas teman lelakinya, aktor Shahrizal Jaszle dan terbuka sekiranya digandingkan dalam drama atau filem.

Memetik laporan mStar online, Miera berkata,  gandinganya dengan Shahrizal dalam filem terbaharu, Lebuhraya Ke Neraka membukti mereka sudah 'move on' daripada hubungan lalu.

Katanya, ketika menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid itu, dia dan Shahrizal masih belum mempunyai apa-apa hubungan sebaliknya mereka bercinta selepas itu.

"Industri ini kecil jadi tak payah rasanya hendak bermusuhan, lambat-laun akan berjumpa juga.

"Kami juga saling menyapa ketika bertemu. Jadi jika ada yang hendak gandingkan kami dalam drama atau filem, saya okey sahaja," katanya.

Miera dan Shahrizal pernah menjalinkan hubungan cinta namun retak pada Februari 2012 selepas lima bulan bersama.

Dalam pada itu Miera berkata, apa yang berlaku antara dia dan Shahrizal adalah satu lipatan sejarah dalam hidupnya.

Sementara itu, Shahrizal yang turut ditemui senada dengan Miera dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas teman wanitanya.

Malah katanya, mereka pernah bergandingan dalam drama berjudul Harapan untuk RTM selepas tiga bulan berpisah.