Sun08202017

LAST_UPDATESun, 20 Aug 2017 3pm

Bapa Enggan Komen Kes Benjy Dicekup di Indonesia

..

Bapa kepada pelakon Benjy yang ditahan berhubung kes dadah di Medan, Indonesia, Khairil Anwar ZM Rashidi, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Memetik laporan BH online, Khairil, 65, enggan bercakap panjang kerana tidak sihat.

"Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat," katanya yang mengidap penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu. 

..

Dalam pada itu Khairil memberitahu beliau tidak mampu untuk ke negara itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes terbabit.

"Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?

"Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media," katanya.

Benjy atau nama penuhnya, Khaeryl Benjamin, 38, ditahan di lapangan terbang Medan, Indonesia, kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram di negara itu.

{Baca lagi : Benjy Ditangkap Sorok Syabu Dalam Dubur }