Mon05012017

LAST_UPDATEMon, 01 May 2017 2pm

Tinggalkan Johnny Depp Hidup Melarat, Amber Heard Bakal Kahwin Jutawan

..

Selepas rasmi bercerai dengan Johnny Depp pada Januari lalu, aktres cantik Amber Heard dilaporkan kini sudah bersedia kembali bergelar isteri jutawan terkenal, Elon Musk.

Khabarnya pasangan yang mula menjalin hubungan sejak Julai tahun lalu ini sedang membuat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Berita tersebut didedahkan oleh bapa kepada bintang filem Justice League itu sendiri, baru-baru ini.

"Amber dan Elon, keduanya sangat serius satu sama lain. Mereka sedia untuk berkahwin dan ingin memilik sebuah keluarga," kata David seperti yang dilaporkan media antarabangsa majalah Grazia.

Bagaimanapun kenyataan David disangkal s sumber terdekat pasangan tersebut.

"Mereka belum punya rancangan untu berkahwin," katanya.

Sumber tersebut menjelaskan, Amber kini tengah sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Aquaman, di Australia selama enam bulan. Filem tersebut dijangka akan ditayangkan dipawagam sekitar tahun depan.

Justeru, Amber perlu memberi tumpuan pada kariernya terlebih dahulu.

Sementara Amber Heard kini bahagia dilamun asmara, bekas suaminya pula melalui kehidupan sebaliknya.

Selepas bergelar duda, hidupan Johnny Depp dikhabarkan kucar kacir dan berdepan dengan masalah keewangan. Tambahan, beberapa filem yang dibintanginya tidak mengaut keuntungan.

Beberapa bulan lalu bintang Pirates of the Caribbean itu memfailkan saman terhadap bekas pengurusannya. Depp mendakwa beliau mengalami kerugian ratusan juta dolar karena kesalahan pihak pengurusan dalam mengatur aliran keewangannya.