Mon05012017

LAST_UPDATEMon, 01 May 2017 10am

Terkejut Ramai Marah Pegang Tangan Shah

KALAU sebut nama Uqasha Senrose je pasti ada sahaja kisah panas yang dikaitkan dengan dirinya.

Terbaharu nama pelakon cantik ini sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan mesra dengan seorang pelakon lelaki yang sudah berkahwin iaitu Shah Iskandar.

Hal itu berikutan sekeping foto menunjukkan dia bergambar mesra dengan Shah yang merangkulnya ke dada.

Menjawab persoalan itu, Uqasha menjelaskan hubungannya dengan aktor kelahiran Singapura itu tidak lebih sekadar hubungan abang dan adik yang sama-sama bertapak dalam industri hiburan tempatan.

“Saya terkejut juga bila ramai melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun.

“Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah,” katanya seperti memetik laporan sebuah akhbar harian.

Gambar mesra mereka diambil ketika masing-masing berkunjung ke Sabah baru-baru ini bagi menjalani penggambaran drama bersiri Syurgaku Tak Sempurna yang ditayangkan di Hypptv.

-MYNEWSHUB.CC