Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 1pm

Berita Coldplay Bakal Adakan Konsert di Laut Mati Palsu

..

Pihak pengurusan kumpulan berpengaruh dunia, Coldplay, menyangkal khabar berita mengenai kononnya kumpulan itu bakal mengadakan konsert perdamaian di Israel dan Palestin.

Memetik laporan NME, Rabu, seorang sumber daripada perwakilan Coldplay mengatakan tidak ada jadual untuk kumpulan berkenaan tampil di dua negera tersebut.

Sehingga saat ini, jadual persembahan Coldplay yang dijadualkan pada November 2017 hanyalah akan berlangsung di India.

Terdahulu, pertama kali khabar angin itu tersebar itu pertama selepas disiarkan di sebuah stesen televsyen di Israel iaitu Channel 2. Kemudian The Times of Israel memetik laporan berkenaan sehingga ia menjadi viral.

Media tersebut menyebutkan bahwa Coldplay akan mengadakan konsert di Laut Mati yang akan berlangsung pada pada 2 dan 3 November depan.

Sementara itu, timbul satu lagi khabar angin memngatakan vokalisnya, Chris Martin bakal menetap di sana selama dua minggu untuk berkolaborasi dengan pemuzik di kedua-dua negara terbabit.