Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 2pm

Terpaksa Padam Foto-Foto Pertunangan

..

Pelakon Shima Anuar, 27, menjelaskan tindakannya memadam foto-foto majlis pertunangannya di Instagram dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 41, yang berlangsung pada 17 Disember lalu bukan kerana hubungan mereka bermasalah.

Memetik laporan mStar online, Shima berkata, tindakannya itu bagi mengelakkan rasa kurang senang segelintir pihak terhadap ikatan yang baharu dijalinkan itu.

"Hubungan saya dan tunang masih elok dan kami bahagia. Saya buang gambar-gambar itu kerana tidak tahan dengan cakap-cakap orang luar yang kurang senang dengan kami.

"Saya ambil keputusan untuk padamkan sahaja gambar-gambar itu bagi memuaskan hati semua pihak yang kurang senang. Selagi belum bernikah saya tidak akan kongsi gambar-gambar kami berdua kerana ia langkah terbaik," ujarnya.

Shima dan Solih bakal di ijabkabulkan pada 8 April depan.

Dalam pada itu, pelakon filem Tujuh Petala Cinta ini bersyukur kerana bakal suaminya masih membenarkan dan tidak meletakkan sebarang syarat untuk dia terus aktif dalam bidang lakonan.