Fri01202017

LAST_UPDATEThu, 19 Jan 2017 11pm

Kalau Serius, Boleh Terus Masuk Meminang - Elfira Loy

..

Kegigihannya dalam mengusahakan perniagaan yang diceburi bukan bererti dia melupakan keinginan untuk bercinta seperti wanita biasa.

Mengaku sudah bersedia menjalinkan hubungan cinta dan berumah tangga, bagaimanapun pelakon Elfira Loy, 23, berkata buat masa ini dia belum lagi bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Katanya, kebanyakan lelaki yang cuba mendekati tidak berjaya membuka pintu hatinya untuk dijadikan sebagai teman istimewa.

"Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu.

"Pada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Terkini, Elfira tampil dengan koleksi pakaian muslimah rekaan sendiri di bawah jenama EI by Elfira Loy.