Mon05012017

LAST_UPDATEMon, 01 May 2017 10am

Naik Angin Sebab Kata-kata Melampau Peminat

..

Baru-baru ini pelakon Syed Ali, 30, dikatakan memaki pengikutnya di Instagram sehingga ada yang mengkritik sikapnya itu tidak sepadan dengan watak alim dan baik yang dibawanya dalam drama.

Memgulas mengenai hal tersebut, pemilik nama sebenar Syed Ali Syed Mokhtar ini berkata beliau menghargai setiap peminat dan pengikut dalam Instagram namun ada di antara mereka yang bersikap melampaui batas hingga mengundang kemarahannya.

"Saya sangat menghargai peminat dan pengikut dalam Instagram tetapi ada di antara mereka yang melampau. Apabila saya menjawab dan melayan pertanyaan mereka, ada yang mula melalut dan merepek.

"Jika kata-kata mereka yang melampau memanglah saya naik angin. Kadangkala situasi sebegini menjadikan saya serba salah. Namun, setiap tindakan saya bersebab.

"Kalau ada peminat mahu berjumpa saya di luar, lebih baik keluar beramai-ramai kerana ia dapat mengelakkan fitnah,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro

Menurut Syed Ali, Instagramnya @Syedali_official pernah digodam dan daripada 400,000 pengikut kini tinggal 88,000 saja. Mujur dia dapat semula akaun asalnya itu.