Thu01192017

LAST_UPDATEThu, 19 Jan 2017 8pm

Zayn, Taylor Swift 'Jahanamkan' Bilik Hotel Bernilai RM11,8101

..

Zayn Malik dan Taylor Swift dilaporkan telah 'membakar' sebuah bilik hotel di London yang berharga $2500 euro satu malam (kira-kira RM11,8101) semasa penggambaran untuk video terbaru kolaborasi mereka berjudul I Don't Wanna Live Forever.

Impresif, lagu tersebut turut dijadikan sebagai runut bunyi utama dari instilasi keempat filem Fifty Shades iaitu Fifty Shades Darker, yang akan ditayangkan mulai Februari depan.

Laporan The Sun menyebut, menurut sumber daripada kru produksi, bilik hotel berkenaan mengalami beberapa kerosakkan selepas beberapa penggambaran beberapa babak dilakukan.

Antaranya babak, Zayn merosakkan bilik itu, mengoyakkan bantal dan memecahkan lampu pada dinding. Sementara Taylor Swift membakar langsir.

Bagaimanapun, semua babak yang dilakukan itu telah dirancang dengan teliti dan dijalankan dengan selamat. Penggera asap di tingkat bilik berkenaan telah dimatikan supaya pengghuni lain di hotel tersebut tidak panik.

Tambah sumber, video single tersebut bakal menjadi video yang sangat seksi.