Sat05272017

LAST_UPDATESat, 27 May 2017 3pm

Peminat Fanatik Cuba Kacau Rumah Tangga Wawa-Aeril Zafrel

..

Kebahagian rumah tangga pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal nyaris musnah gara-gara seorang peminat fanatik lelaki mengaku aktres itu sebagai kekasihnya.

Memetik laporan mStar online, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 27, berkata, perkara itu berlaku beberapa tahun lalu.

"Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu.

"Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.

"Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya," dedahnya.

Berikutan kejadian tersebut, Wawa mengakui dia lebih berwaspada dan lebih mengerti tentang bahaya media sosial.

Dalam pada itu, Wawa bersyukur telah melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang sukar dan penuh ujian.