Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Tegar Didera Pakai Seluar Dalam & Mandi Bersama

..

Sebelum ini Malaysian Digest pernah melaporkan penyanyi remaja popular Indonesia, Tegar, disahkan sedang berada di bawah jagaan keluarganya di Subang, Indonesia.

Ini berikutan kemerlut yang dihadapi antara dia dengan pengurusnya, Muhammad Arif Dollah, seorang warganegara Singapura.

{ Baca lagi: Tegar Duduk Di Rumah Akibat Tiada Pasport }

Menerusi laporan portal Indonesia, KapanLagi.com hari ini menyebut, penyanyi popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang mendakwa dirinya didera secara seksual oleh pengurusnya itu.

Pengakuan tersebut dibuat Tegar sendiri ketika membuat laporan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.

Tegar, 13, menceritakan bahawa apa yang dilakukan oleh pengurusnya itu (Dollah) ialah seperti memaksa penyanyi itu tidur dengan hanya memakai seluar dalam, ingin menemani Tegar bersama dan beberapa lagi perkara lain.

Kata Tegar, gangguan seksual itu dialaminya sekitar awal November lalu hingga Januari tahun ini dan kejadian berlaku ketika dia berada di Malaysia

Di hotel setiap kali Tegar mahu tidur pakai kolor (seluar) tidak boleh. Kata Abang Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai seluar dalam. Dia juga pakai seluar dalam.

"Kalau Tegar tidur, dia suka dekat, (maaf) nempel di dubur Tegar. Setiap kali Tegar mahu mandi dia juga ikut sama,” katanya.

Selain itu, Tegar turut memaklumkan ada beberapa barangan seperti gitar kesayangan Tegar bernilai 45 juta rupiah, laptop dan kamera turut sama hilang.

"Kejadian seksual tidak boleh dibiarkan. Besok kami akan laporkan ke Mabes Polri (atas kasus) kekerasan seksual dan pencurian," kata Ketua Komnas PA, Arist Merdeka Sirait dalam satu sidang media khas di Komnas Anak, Jl. Tb Simatupang, Jakarta Timur, semalam.

 

- mD