Sun08202017

LAST_UPDATESun, 20 Aug 2017 12am

Poster Konsert Hati Emas Kembara Berunsur Illuminati: Ini Jawab M. Nasir

Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara kembali dan bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November 2014.Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara kembali dan bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November 2014.

Penghibur lagenda Dato' M. Nasir menyangkal dakwaan bahawa lukisan pada poster rasmi bagi 'Konsert Hati Emas Kembara' yang akan berlangsung pada November ini menyelitkan unsur Iluminati.

Jelas beliau yang juga merupakan vokalis kumpulan Kembara, lukisan mata tersebut adalah simbol universal dan tiada kaitan dengan apa-apa makna lain.

"Illuminati? (gelak). Kenapa jauh sangat...? Kenapa tak cakap Pekida jer", tanya beliau kepada pihak media.

"Sebenarnya bukan (illuminati). Tapi ia simbol universal yang selalu digunakan", jawabnya ringkas.

M.Nasir ditemui pada sidang media kedua konsert Hati Emas Kembara, bertempat di hotel Premiera, Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis yang juga dihadiri oleh anggota kumpulan kembara yang lain iaitu A. Ali (gitar/vokal), S.Sahlan (vokal), Zoul (gitar/vokal), Md Shah (keyboard) dan Cheman (Bass) turut di lancarkan poster berkenaan.

Lukisan 'Oil On Canvas' itu di lukis oleh pelukis terkenal, S. Amin Shahab (juga pelukis asal album Kembara sebelum ini) yang telah mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkannya.

..

Tafsiran lukisan poster tersebut membawa maksud, sebelum mencipta atau melaksanakan sesuatu, kita perlukan khayalan atau imiginasi. Pelangi pula melambangkan warna kepada kota yang memerlukan dan sekaligus, memberikan air pada bumi yang tandus. Walau bagaimanapun, kita perlu fokus (centralize) kerana kita adalah 'tools' atau alat dan memperalat dan sentiasa disaksikan oleh mata yang bermaksud kita perl menjadi pemerhati yang baik untuk dapat perhatian. Dan sepasang tangan yang kosong beerti tiada apa-apa dan semuanya kehendak-Nya.

Perkataan KEMBARA kini timbul setelah lama menghilang. Kupu-kupu yang tersepit oleh playar melambangkan kebebasan seniman yang tersepit dibawa arus kebendaan, jadi... hilanglah nilai estetikanya tanpa disedari. Kebiasaannya kupu-kupu itu sanggup mati untuk menjadi hiasan. Akhir sekali seganas-ganasnya harimau, mesti ada perasaan rindu kepada tempat asalnya.

Sementara itu, mengenai konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November ini, ia berkonsepkan sebuah persembahan yang membawa penonton menggembara dan bernostalgia dalam 'Ekspres Rakyat' menyusuri liku-liku perjuangan manusia dalam kehidupan ini dan menyelam ke alam kecintaan demi mencari keluhuran untuk menemui Hati Emas.

"Kami sudah sering membuat persembahan sebelum ini. Setelah 28 tahun (sejak konsert terakhir) kini kami kembali semula dan akan berikan sebuah persembahan dengan cara kami sendiri. Dengan imej kami sebagai penghibur. Kami pentingkan vokal harmoni, alunan gitar akustik dan muzik yang besar.

"Selain mendedangkan lagu-lagu kami dari albul pertama hingga yang yang ketujuh, pada konsert kali ini peminat dapat saksikan gabungan kami kumpulan Kembara generasi pertama dan kedua.

"Dari segi lagu, ada yang kami ubah semula susunan muziknya untuk berberapa lagu tertentu. Ada yang kami kekalkan sepertimana di dalam album. Sebab, kadang-kadang peminat lagi suka dengan dengar live lagu yang muziknya sama macam dalam album", kata M. Nasir lagi.  

Berlangsung selama 2 jam setengah, persembahan kumpulan yang cukup popular era 80-an ini bukan sekadar bermain muzik serta melontarkan keharmonian suara sahaja, malah turut divisualisasikan menlalui audio dan video mapping bagi menimbulkan 'mood' serta karakter lagu dan persembahan itu sendiri bagi melayani nostalgia penonton di dalam dewan Panggung Sari nanti.  

"Bagi peminat-peminat yang membesar dengan lagu-lagu kami, pada konsert nanti kami akan mengembalikan semula nostalgia serta semangat mereka. Saya rasa ini adalah konsert kami yang boleh ni arkibkan kerana kami akan tampilkan sebuah persembahan yang epik', tambah Zoul yang juga merupakan adik kepada M. Nasir.

Tiket konsert anjuran Luncai Emas ini dijual pada harga RM68, RM98, RM188, RM258, RM328 dan RM388. Para peminat boleh mendapat tiket di kaunter Istana Budaya atau layari www.ticket2u.biz.

- mD