Thu07192018

LAST_UPDATEWed, 18 Jul 2018 11pm

Sikap Cemburu Diana Bantu Lariskan Filem Saya - Farid Kamil

Foto: Suhaizul izharFoto: Suhaizul izhar 

Pelakon dan pengarah Farid Kamil mengakui sikap cemburu isterinya iaitu pelakon Diana Danielle yang sehinggakan mencetus kontroversi sekitar beberapa bulan lalu, sedikit sebanyak membantu melariskan filem lakonannya.

 Namun begitu, kata Farid dia yakin yang Diana tidak akan bersikap begitu lagi dan berharap semua pihak sudah pun memaafkan isterinya itu.

"Kalau ada cemburu pun, dia (Diana) akan lebih advance lagilah (gelak). Maksudnya dia akan lebih melariskan filem lakonan saya tu. Tapi, perkara yang lepas tu mungkin takkan ada lagi. Saya pun berharap semua sudah maafkan dia", kata Farid Kamil ketika ditemui pada tayangan media filem terbaharu lakonannya, 'Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) - Kasyah Lagenda Berakhir', bertempat di GSC Mid Valley semalam.

Sebelum ini timbul kontroversi ekoran Diana menerusi laman sosial Instagram miliknya mempersoalkan kenapa dalam banyak banyak gambar yang ada untuk promosi filem tersebut tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik oleh Nora di Instagram miliknya.

Bagaimanapun Farid telah membuat kenyataan meminta semua pihak memaafkan tindakan Diana itu. Sementara Diana enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Memandang dalam filem arahan pengarah Sharad Sharan itu ada banyak babak-babak romantis Farid bersama Maya, lantas dia diusik dengan pertanyaan adakah dia akan membawa Diana untuk menonton LBS3 nanti dan bagaimana sekiranya Diana 'meluahkan' rasa cemburunya di laman sosial Instagram nanti.

Kata Farid, isterinya sendiri merupakan peminat novel LBS. Justeru dia yakin yang adegan-adegan romantik yang akan ditonton Diana nanti tidak akan mencetuskan apa-apa masalah kerana isterinya itu sendiri faham akan watak Kasyah yang dilakonkannya.

"Dia sebenarnya pun salah seorang peminat LBS1, LBS2 dan dia tak sabar nak menonton LBS3. InsyaAllah saya akan bawa dia ke malam tayangan perdana filem ini nanti.

"InsyaAllah takkan ada lagi cemburu. Sebenarnya saya ada juga bertanya pada orang yang lebih berpengalaman dalam perkawinan, mereka kata, bila tahun pertama hingga kelima tu pasti ada situasi dimana pemahaman masing-masing akan lebih jelas.

"Memang Diana sebelum ini mengenali saya sebagai pelakon tetapi sebagai suami yang berlakon, itu satu pengalaman baru bagi dia", ujarnya lagi yang turut meberitahu yang kontroversi tersebut memberi pengajaran kepada mereka suami isteri.

Sementara menyentuh pula tentang LBS3, Farid mengakui dia juga membesar dengan watak Kasyah. Malah ciri-ciri yang ada pada karakter ikonik itu sikit sebanyak ada persamaan dengan dirinya yang sebenar.

"Saya membesar dengan watak Kasyah. Saya sendiri kagum dengan Kasyah kerana dia melalui saatsaat kesedihan yang tak pernah dibayangkan oleh sesiapa dalamm dunia relaiti . Tak dinafi Kasyah dan saya ada sikit persamaan dari segi sifat romantik tapi kalau nak ikutkan saya punya ayat-ayat romantik lagi power lah", guraunya.

Dalam pada itu Farid juga berkata dia berasa beruntung dapat menghidupkan watak dari adapatasi novel terlaris nukilan Ahadiat Akasyah itu. Dalam masa sama dia sedih kerana ini merupakan filem terakhir LBS yang mana menghimpunkan segala cerita suka duka Kasyah.

"Saya rasa bertuah dapat menghidupkan watak Kasyah sebab ia adalah watak ikonik dan saya dapat peluang sebagai Kasyah untuk ketiga-tiga filem ini.

"Tapi yang sedihnya selepas ni tiada lagi lagenda budak setan. LBS3 ini menceritakan segala-galanya. Jadi pembaca novel LBS perlu datang menonton LBS3" katanya.

LBS3 terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures bakal ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 September 2014.

- mD