Thu10022014

LAST_UPDATEThu, 02 Oct 2014 4pm

Kris (EXO) Ada Skandal Dengan Isteri Orang

..

Sejak mengambil keputusan keluar daripada kumpulan EXO-M nama Kris tidak putus-putus dikaitkan dengan pelbagai gosip dan terbaharu dia dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan isteri orang.

Portal Soompi melaporkan Kris didakwa sedang menjalinkan hubungan serius dengan penerbit filem 'Somewhere Only We Know' iaitu Xu Jing Lei.

Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan adalah orang bertanggungjawab yang membantu Kris keluar daripada kumpulan EXO-M dan hubungan mereka bertambah intim sejak Kris banyak menghabiskan masa di China untuk mempromosikan
filem tersebut.

Hubungan tersebut mendapat perhatian meluas dan media di China mendedahkan sijil pernikahan Xu Jing Lei dan suaminya, Stanley Huang bagi membuktikan bahawa wanita itu masih bergelar isteri orang.

Dalam pada itu, jarak usia 16 tahun di antara mereka bukan menjadi persoalan dan Kris sangat bergantung kepada Xu Jeng Lei sejak keluar daripada EXO-M.