Sun06252017

LAST_UPDATEFri, 30 Jun 2017 8am

Johan Jawab Isu Hubungan Ditentang Keluarga, Ada Agenda

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Pada pagi Khamis lalu, sepertimana yang ramai sedia tahu, Johan As'ari telah mengejutkan industri hiburan juga para peminat dengan pengakuan, dia sedang bercinta dengn aktres seksi lagi kontroversi, Lana Nordin.

Dan semestinya orang yang lebih terkejut adalah keluarga bintang utama filem Juvana ini sendiri. Sekaligus timbul dakwaan hubungan pasangan ini tidak direstui ibu Johan.

Melihat kelibat pasangan ini sewaktu di malam Anugerah Skrin pada Sabtu lalu, lantas biarpun sibuk pada tugasan liputan anugerah berprestij TV3 itu, pihak media sempat juga mengadakan pertemuan dengan Lana dan Johan bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dakwaan tersebut.

"Selagi belum dapat kebenaran daripada kedua-dua belah pihak, kami masih terus belajar mengenali antara satu sama lain. Walaupun dah dapat kebenaran nanti, kalau bertunang pun tapi tak wajib berkahwin segera. Sebab kami masih juga dalam proses kenal hati budi masing-masing. Ayah saya pun cakap, kita kenal-kenal dulu. Maksudnya, famili pun kena kenal antara satu sama lain dulu.

"Sebagai teruna, saya telah cuba tak memendam perasaan saya. Apa yang saya rasa, saya cuba beri rasa itu pada dia (Lana). Saya cuba yang terbaik. Sekiranya kami sudah habis usaha mencuba dan perbaiki diri masing-masing, kalau mungkin kami tak ada jodoh, tak ada lah", katanya sambil sesekali memandang Lana yang duduk di sebelahnya.

..

Kemudian, mengulas mengenai gambar ibunya menerusi Instagram yang seolah-olah sedih dengan berita pengakuannya itu sekaligus hubungan mereka ditentang, Johan berkata,

""Tidak ditentang. Mak mana yang tak sayangkan anak. Mak mana yang nak tengok anak dia gagal dalam perkahwinan. Mak saya tetap no.1 dan mak saya tetap sempurna. Semua ini pasti ada hikmahnya. Jadi saya yakin mudah-mudahan hati ibu tu akan terima. Terpulang pada kami untuk buktikan..

"Tapi sekarang ni tidak bermakna Lana perlu memikat hati ibu saya. Sebaliknya lebih kepada memikat hati dia sendiri untuk dia berubah. Apabila dia benar-benar nak melakukan perubahan, itu lebih baik. Cuba tengok macam hari ni, dia sopan dan dah tak pakai pewarna kuku. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan dia ni" ujarnya sambil tersenyum memandang Lana.

Tetap Sayang Shila

..

Sebelum ini Johan pernah dikaitkan dengan ramai wanita bemula dengan pelakon Izreen Azminda, Fasha Sandha dan Nabila Huda. Kemudian dengan gadis misteri yang dikatakan bekerja di sebuah stesen televisyen. Meskipun begitu sepanjang berlegar gosip tersebut tidak pernah ada apa-apa kenyataan yang mensahihkan hubungan Johan dan wanita-wanita berkenaan.

Tetapi satu Malaysia sudah tahu mengenai keintiman Johan dan penyanyi kesayangan ramai, Shila Amzah. Sama seperti hubungan terdahulu, Johan hanya mengatakan mereka sekadar berkawan. Namun tatkala Johan dan Lana akhirnya berterus terang mengenai hubungan cinta mereka, ternyata Shila kecewa. Bahkan luahan rasa kecewa dan seperti perasaannya dipermainkan Johan, telah diluahkan menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya.

Lantaran timbul juga dakwaan Lana adalah 'mangsa' seterusnya Johan. Bahkan perhubungan cinta mereka ini dikatakan hanyalah sekadar permainan Johan yang inginkan publisiti.

"Setiap ujian yang Allah bagi tu, Dia tahu yang kita mampu atasi ujian itu. Saya tidak pernah berkawan dengan sesiapa semata-mata saya ada agenda. Saya berkawan dengan tulus. Saya sayang Shila. Dia sahabat saya. Dia muda lagi. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia.

"Tapi kami tak pernah bercinta. Kalau dia kata dia tertipu... dia cakap tu pada saya ker? Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan yang kita sendiri kena faham. Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila", kata Johan.


- mD