Mon05292017

LAST_UPDATEMon, 29 May 2017 1pm

Mawar Lurus Bendul, Ingatkan Saya Zaman Mula Bercinta - Fizo Omar

Kredit foto Faisol MustafaKredit foto Faisol Mustafa

Pelakon Fizo Omar berasa bertuah apabila menjadi cinta pertama kepada isterinya Mawar Abdul Karim atau Mawar. Lebih manis, sepanjang tempoh enam bulan mereka berkenalan rapat dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda ini telah memberikan satu pengalaman baru pada Fizo sekaligus mengibas semula detik-detik sewaktu dirinya mula bercinta dahulu.

"Saya rasa beruntung dan bertuah dapat jadi cinta pertama Mawar. Ia satu pengalaman baru pada saya. Sudah tentu sebelum ini saya pernah bercinta tapi ini pengalaman pertama bagi Mawar.

"Sepanjang kami berkenalan, Mawar mengingatkan saya detik-detik bagaimana saya mula-mula bercinta dulu. Dia lurus bendul. Saya suka pekena (sakat) dia. Dan sebenarnya kami berkongsi karakter yang sama. Disebabkan dia tiada pengalaman bercinta, jadi banyak lah kenangan manis dan unik, macam saya bawa dia candlelight dinner, saya suka tengok reaksi dia yang tak tahu nak kata apa-apa sebab terkejut", kata Fizo ketika diminta mengulas mengenai kenyataan isterinya itu sebelum ini mengatakan Fizo adalah lelaki pertama yang bertakhta di hatinya.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, dan Mawar, 24 sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada majlsi ijabkabul yang diadakan di Country Heights Kajang, pada Ahad (semalam).

Menariknya selain pasangan ini saling bertukar hantaran berupa motosikal, Fizo turut menghadiahkan Mawar jongkong emas bertulis 'Fizo Love Mawar' seberat 1.011kg iaitu simbolik tarikh hari ini.

"Jongkong emas itu adalah hasil kerja keras saya berlakon dan menjalankan perniagaan selama beberapa tahun ini, saya kumpul sikit-sikit.

Saya memang dah lama berniat pada hari perkahwinan saya nanti,saya nak berikan sekilo emas kepada isteri saya. Ia sebagai tanda penghargaan dan keikhlasan. Ia juga bukan sebab sekilo emas tu tapi lebih kepada perjalanan diri saya untuk mendapatkan sekilo emas itu", katanya yang kini sudah mempunyai 70 gerai Hot Burger di sekita Kelantan dan Kuala Lumpur.

Sementara itu Mawar berkata dia sudah bersedia menempuh kehidupan sebagai seorang isteri kepada artis terkenal dan tambah-tambah Fizo mempunyai ramai peminat. Apa yang penting, dia percaya suaminya bijak dalam membezakan antara cara melayan peminat dan menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

"Saya dah bersedia. Sebelum ini pun dalam tempoh perkenalan kami, Fizo akan selalu memberitahu saya apa yang dia buat dan berlaku pada dia.

"Saya kenal dia sebagai Wan Hafizol. Saya kenali peribadi dia bukakan seoarng artis. Dia seorang yang bertanggungjawab, dia tahu bagaimana nak melayan peminat dan peranan dia pada keluarga" katanya.

Dalam pada itu Fizo berkata keputusannya membeli rumah di sebelah rumah ibu mertuanya yang terletak di Country Heights Kajang kerana tidak mahu memisahkan Mawar dan keluarga. Rumah tersebut scara kebetulan dibeli sewaktu dia merisik Mawar pada hujung Ogos lalu.

Fizo & Mawar bergambar kenangan bersama ahli keluarga isterinya. Kredit foto Faisol Mustafa.Fizo & Mawar bergambar kenangan bersama ahli keluarga isterinya. Kredit foto Faisol Mustafa.

"Sebenarnya kami berdua ni 'anak mak'. Kami memang rapat dengan emak kami. Jadi masa berbincang, mulanya saya nak bawa Mawar tingal dirumah saya di bukit antarabangsa tapi kasihan pula pada Mawar yang akan berada jauh dengan ibunya. Tambahan dia anak sulung dan dia bantu perniagaan ibunya.

"Jadi kebetulan masa merisik hujang bulan lapan lalu, ada pula rumah kosong di sebelah rumah ibu mertua saya. Lepas berbincang dan atas bantuan keluarga juga hasil dua saya dan Mawar, kami pun beli rumah ni. Saya akan bawa ibu dan adik saya tinggal bersama kami.Jadi kiranya kombinasi antara dua keluarga iaitu famili saya dan famili Mawar", ujarnya. 

Ditanya pula mengenai perancangan mendapatkan zuriat, keduanya-duanya tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki awal dari Allah. Namun buat masa ini mereka mahu menikmati keseronokan hidup berdua dahulu sebelum menimang cahaya mata.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di tiga lokasi iaitu di kampung halaman Fizo di Kelantan, kampung halaman Mawar di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur sekembalinya mereka di berbulan madu di Eropah.

"InsyaAllah awal Disember ni kami akan berbulan madu di Eropah selama tiga minggu. Balik nanti baru kami adakan majlis resepsi pada Januari tahun depan", kata Fizo.

 

Kredit foto-foto Faisol Mustafa.

- mD