Wed10182017

LAST_UPDATEWed, 18 Oct 2017 12am

Remy & Maya Dating di Hutan Simpan Imbak Cayon, Sabah

..

Kalau satu ketika mereka pernah kantoi depan peminat ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran bertempat di sebuah pusat membeli belah terkemuka di pinggir ibu kota. Nampaknya ke mana saja mereka pasti dapat dijejaki. Walaupun 'lari' ke dalam hutan simpan sekalipun, masih ada cerita tentang pasangan ini.

Dan nama dua kawan baik ini kembali menjadi topik hangat bualan ramai malah ramai peminat telah membuat spekulasi berikutan dua keping gambar yang terpampang di Instagram milik aktor itu yang menunjukkan percutiannya di sebuah hutan di Sabah bersama aktres jelita tersebut baru baru ini.

Hanya dua keping gambar yang dikirimkan tetapi ini cukup membuatkan para peminat merasa gembira kerana mereka menganggap ini satu perkembangan positif.

Gambar pertama dari Remy Ishak menunjukkan pasangan ini berada dalam kenderaan untuk perjalanan sejauh 7 jam dari Kota Kinabalu, Sabah ke kawasan hutan simpan Imbak Canyon.

..

Remy Ishak sekali lagi mengirimkan gambar apabila mereka sudah tiba di Imbak Canyon dan suasana kali ini menunjukkan Remy bersama Maya sedang menikmati makan malam.

Besar kemungkinan mereka berdua pergi bersama rombongan rakan-rakan. Mungkin juga. Lagipun difahamkan Remy dan Maya baru saja selesai dengan penggambaran filem Sejoli.

..

 

- mD