Setelah lebih kurang enam tahun selepas kemunculan dalam bikinan filem pertama, pelakon berprofil tinggi, Nicolas Cage kembali sebagai Johnny Blaze dalam sekual Ghost Rider: Spirit of Vengeance (GRSOV). Dia masih lagi bergelut dengan sumpahan beliau atau lebih tepat terus dihantui syaitan yang ada dalam diri hingga memaksa dia menjadi Ghost Rider. Mengasingkan diri dari dunia luar- bersembunyi di satu gudang nun jauh di satu tempat terpencil di Eropah timur. Namun Johnny akhirnya berjaya dipujuk oleh Moreau (Idris Elba) keluar dari tempat persembunyian demi menyelamatkan seorang budak benama Danny (Fergus Riordan) daripada ‘syaitan’ (Ciaran Hinds)- dan mungkin dalam pada melunaskan misi itu, dia temui cara untuk membebaskan diri daripada sumpahannya.
ghost rider
Dengan suntikan versi komik Marvel, GRSOV sarat dengan visual dan kesan khas & CGI yang sememangnya menjadi tarikan. Selain aksi thrill tanpa henti dan sesekali diselit dengan adegan lucu bersahaja Cage.