Click on the slide!

Najib's Growing Popularity: Fact or Fiction?

On the June 8, an independent opinion research firm, Merdeka Center announced the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s approval rating which soared to 72 percent &n...

Click on the slide!

Will Anwar Win the War?

A lot has transpired since the unforgettable March 8 General Election which embodied the changing tides in Malaysia’s socio-political scene thanks to Opposition leader Dat...

Click on the slide!

KP Samy May Consider Offers to Join Opposition

KUALA LUMPUR, 26 JULY, 2010: Stalwart of Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS), KP Samy ,who recently had application to re-enter MIC rejected by the party’s Central Working Commi...

Click on the slide!

Power Plants and Their Effects on the Environment

This is the first series of a two-part article on power plants. ...

Click on the slide!

Syed Husin Urges Govt to Reopen Investigation on Airod

KUALA LUMPUR, 22 JULY, 2010: PKR Deputy President Senator Dr Syed Husin Ali  (pic)today urged the government to reopen the investigation on Airod Sdn Bhd which was alleged ...

More...
Click on the slide!

DPM: M’sia Can Become One of World's Key Deepwater Oil, Gas Hubs

LABUAN, 22 JULY, 2010: If done right, Malaysia can become a key deepwater oil and gas hub globally after Houston, Rio De Janeiro and Aberdeen, said Deputy Prime Minister Tan Sri...

More...
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks



31 July 2010 | Saturday
Personality
Wednesday, 17 March 2010 13:14
Last updated on Wednesday, 17 March 2010 15:26
Syed Husin: Eksodus Proses Penyucian Yang Baik PDF Print
by Syed Zahar   

(Versi Bahasa Melayu)

 

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali adalah merupakan pengasas kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang telah melibatkan diri di dalam arena politik sejak lebih 50 tahun yang lepas. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) ini juga merupakan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum parti tersebut bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN)  untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

Malaysian Digest baru-baru ini sempat meluangkan masa bertemu dengan Dr Syed Husin di ibu pejabat PKR untuk mendengar pandangan beliau berhubung isu eksodus Ahli Parlimen PKR daripada parti. Selain itu beliau turut menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya ramai iaitu mengapa beliau tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Umum.

 

 

altalt

 

 

Malaysian Digest: Apa pendapat Dr tentang isu beberapa Ahli Parlimen PKR yang mengambil keputusan untuk meninggalkan parti?

 

Dr Syed Husin Ali: Saya melihatnya sebagai proses penyucian yang baik. Setakat ini mereka yang keluar Parti mempunyai masalah pribadi, yang berkaitan dengan kewangan ataupun menghadapi masalah atau ugutan dari pihak SPRM. Disiplin dan komitmen mereka kepada perjuangan dan kerja di kalangan pengundi-pengundi mereka sangat  lemah dan oleh itu mudah boleh dibeli. Selalu saya katakan, apabila daki dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. 

 

Saya ingin mengingatkan pada peringkat awal hampir semua parti menghadapi masalah yang sama, tidak kira PAS, DAP bahkan UMNO. Dari PAS selepas Datuk Asri Muda, Presiden; Osman Abdullah, Setiausaha Agung dan Nakhaie Ahmad, Naib Presiden dan pemimpin-pemimpin  lain keluar, parti itu menjadi bertambah kuat. Begitu juga DAP semakin mantap sehingga sekarang, selepas Goh Hock Guan (Seriausaha Agung), Ricard Ho (Timbalan Pengerusi), Lee Lam Thye dan lain-lain meninggalkan parti tersebut. Saya yakin selepas peristiwa keluar parti yang dihadapinyakini selesai, KEADILAN akan lebih kuat. 

 

Kita harus jangan lupa tiga orang pemimin utama Umno - Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn keluar dari parti itu. Ratus ribu pemimin dan anggota Umno keluar dan masuk PAS dan KEADILAN selepas Anwar Ibrahim disingkir. Akibatnya Umno merosot parah dan masih belum pulih sehingga kini.  

 

 

altalt

 

 

MD: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun ini telah meminta maaf kerana telah terdapat kesilapan dalam pemilihan calon untuk Pilihanraya Umum yang lalu. Mungkinkah salah satu kesilapan itu ialah tidak menyenaraikan nama Dr sebagai calon?

 

SHA: Soal ini tidak timbul kerana saya sendiri yang mengambil keputusan tidak bertanding. Walaupun digesa supaya memikir semula, saya tetap dengan keputusan itu. Sebelum itu saya tidak bertanding juga. Tentang pemilihan calon, memang ada kesilapan berlaku. Masa itu (2008) ramai tidak mahu bertanding kerana kurang yakin Parti akan menang. Dalam beberapa kes, dan ini merupakan minoriti saja,  Parti meletakkan sesiapa yang sanggup saja.

 

 

Saya berpendapat orang ramai pasti ingin tahu sebab-sebab nama Dr tidak terpilih sebagai calon Pilihanraya Umum yang lalu. Apakah yang menyebabkan keputusan itu diambil oleh pihak PKR?

Oleh sebab umur, saya merasakan kurang mampu untuk menjalankan tugas berat sebagai wakil rakyat dengan terbaik. Lagi pula saya hendak menumpukan perhatian kepada usaha menulis. Banyak yang hendak saya selesaikan. Selain itu saya ingin memberikan laluan kepada angota yang lebih muda.

 

 

 

altalt

 

 

Apakah perkembangan terbaru Dr dengan bekas parti Dr iaitu PRM?


Tiada apa-apa. Kongres PRM semasa saya memimpin arti itu  telah mengambil keputusan yang disokong lebih dua-pertiga undi perwakilan untuk bercantum dengan Parti Keadilan Nasional, menutup PRM dan menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Semua anggota harus patuh kepada keputusan ini. Akan tetapi, apabila pihak Pendaftar Pertubuhan ROS) tidak menerima keputusan ini, segelintir kecil serpihan meneruskan usah hendak menghidupkan rangka parti itu. Setiap “kongres” mereka adakan sejak itu dihadiri hanya oleh 30-40 orang saja. Kini secara objektif mereka bertindak membantu parti pemerintah untuk menimbulkan masalah kepada KEADILAN.

 

Adakah Dr menyesal meninggalkan PRM?


Tidak sama sekali.


Apa pendapat Dr tentang pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri?

 

Dalam beberapa bulan pertama beliau kelihatan mendapat sokongan sedikit. Maklum saja, barang baru. Namun sekarang rakyat sudah mulai dapat menilai mutu sebenarnya. Kerajaan pimpinan Najib membayar berjuta-juta dolar  kepada sebuah syarikat perunding hubungan awam, iaitu Apco Worldwide, yang mempunyai kaitan rapat dengan tokoh-tokoh Zionis, untuk membaikkan imejnya. Namun ini akan gagal. Mereka yang korup dan tidak bemoral tidak mungkin bejaya menghapuskan korupsi dan memperbaiki moral. Walaupun Najib mempamerkan dirinya sebagai mahukan 1Malysia, pendirian perkauman sempit beliau disuarakan oleh Utusan Malaysia serta media lain yang dimiliki atau dikuasai Umno dan beberapa orang kakitangan di bawah beliau…

 

 

Dengan kepelbagaian budaya dan agama yang kita miliki, pada pendapat Dr, adakah terdapat kemajuan dalam perhubungan antara kaum-kaum di Malaysia, atau pun keadaannya lebih baik pada masa dahulu?

 

Saya rasa keadaan hubungan kaum dan agama sekarang ini bertambah buruk. Ini adalah akibat dari dasar pecah dan perintah, diwarisi dari penjajah, yang masih diamalkan oleh Kerajaan dipimpin oleh Umno di bawah Najib. Ditambah pula dengan adanya golongan-golongan individu dan pertubuhan yang lantang bersuara secara perkauman, dengan tidak mengira apa akibat jangka panjangnya, keadaan tidak akan menjadi bertambah baik.

 

 

altalt

 

 

Apa pandangan Dr tentang politik berasaskan kaum?

 

Politik kaum harus dihapuskan. Ia akan hanya mengakibatkan negara runtuh dan rakyat menderita manakala berlaku pergaduhan kaum. Lihat saja apa yang berlaku di banyak negara yang mengamalkannya, misalnya: Sri Lanka, Fiji, Afrika Selatan di zaman Apartheid dan banyak lagi. Parti dan proses politik perkauman, terutama yang sempit serta cauvinis, tidak harus dibenarkan di Malaysia ini. Lazimnya ia digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertentu untuk meraih sokongan bagi mempertahan kepentingan diri serta keluarga dan kuasa zalim mereka. Mereka tidak memperdulikan akibatnya.

 

Apa pandangan Dr tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam?

 

Saya telah menulis dua artikel agak panjang tentang perkara ini. Pada asasnya saya berpendapat isu ini telah ditimbul dan digunakan oleh Umno untuk menggerakkan sokongan orang Melayu-Muslim kepadanya. Tentang penggunaan kalimah Allah, saya berpandu kepada pendapat para ulamak seperti SheikhYusuf Qardawi bahawa orang bukan Muslim boleh menggunakannya. Dari segi sejarah, bukankah bapa Nabi Muhammad (saw), sebelum Islam turun, bernama Abdullah, hamba Allah? Bukankah pada masa sekarang banyak negara seperti Indonesia dan sesetengah Negara Arab di Timur Tengah, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim? Di Malaysia pula ada keadaan kelamkabut, kerana di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang dibenarkan pengggunaan kalimah ini. Akan tetapi di negeri-negeri lain tidak dibenarkan pula. Dasar apa ini?  2 Malaysia?

 

 

altalt

 

 

Semakin ramai orang mula mengkritik system pendidikan kita. Jika terdapat keprluan untuk melakukan reformasi dalam sistem pendidikan, apakah jenis reformasi yang perlu dilaksanakan?

 

Memang benar ramai yang mengkritik sistem pendidikan sekarang. Keadaannya bobrok dan menghadapi krisis. Setiap kali menteri bertukar maka berlaku pula perubahan dalam sistem pendidikan dan guru semakin lemah semangat. Akibatnya keadaan menjadi kelamkabut dan mutu pendidikan tambah merosot. Hal ini mesti dihadapi dan diperbaiki. Susah hendak menjawab soalan saudara secara ringkas, tapi saya akan cuba.

 

Sebenarnya saya banyak juga menulis tentang perlunya reformasi dan pendemokrasian dalam pendidikan di negara ini, kebanyakannya terkumpul dalam buku “Merdeka, Rakyat dan Keadilan,” Beberapa perkara perlu ditegaskan disini.

 

Pertama, kedudukan Bahasa Malaysia perlu diperkukuh untuk menghadapi cabaran terutama sekali Bahasa Inggeris dan mereka yang menyanjung bahawa Inggeris itu.

 

Kedua, hendaklah digalakkan pembelajaran dan pengajaran bahasa-bahasa ibu dan juga internasiona, dan ini tidak akan menimbulkan masalah sekiranya taraf bahasa Malaysia kukuh.

 

Ketiga, mutu sekolah-sekolah kebangsaan peringkat rendah dan menengah hendaklah dipertingkatkan, supaya rakyat termasuk orang Melayu sendiri mempunyai keyakinan terhadapnya.

 

Keempat, kaedah belajar dan mengajar harus dibaiki dan disamping memperkuat pengajaran subjek seperti sastera, sejarah, ilmu alam dan sebagainya, perlu diperkukuhkan matematik, sains dan teknologi.

 

Kelima, di peringkat universiti mesti digalakkan kegiatan membaca dan berfikir secara kritikal di kalangan siswa, dipastikan penyelidikan dan penulisan akademik dilakukan secara komited oleh para pensyarah, diiktiraf sumbangan dalam bidang-bidang ini serta pengajaran untuk kenaikan pangkat, dihapuskan peraturan-peraturan mengongkong seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akujanji, dipilih pegawai-pegawai universiti, terutama naib-canselor yang mempunyai kredibiliti, dan diberi serta dijamin autonomi universiti.

 

Keenam, pastikan berlaku proses pendemokrasian dalam bidang pendidikan di semua peringkat, dengan ertikata diberi peluang lebih luas terutama kepada lebih ramai lagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan yang baik sehingga ke universiti.  Banyak lagi yang boleh tetapi tidak sempat saya perkatakan di sini.

 

 

altalt

 

 

Apa pendapat Dr tentang perkembangan industri seni di Malaysia? Walaupun seni adalah suatu elemen yang penting untuk sesebuah Negara, kita agak ketinggalan berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. Mengapa ini terjadi?

 

Dibanding dengan Indonesia dan Thailand terutama sekali, taraf perkembangan seni dan sastera di Malaysia memang mundur dan sangat mengecewakan. Masyarakat kita digalakkan oleh pelbagai faktor, terutama dasar pemerintah sendiri, untuk menjadi lebih materialistik.

 

Orang berlumba-lumba untuk mencari kekayaan, walaupun dengan cara tidak beretika sekalipun. Lagi pula kurang penghargaan dan sambutan di kalangan pemerintah dan masyarakat terhadap hasil-hasil seni dan sastera.

 

Di kalangan karyawan pula tidak terdapat persaingan yang sihat untuk menhasilkan ciptaan karya yang betul-betul bernilai dan boleh membawa kepada kemuncak kejayaan yang tinggi.

 

Golongan pertengahan kita yang tambah berkembang sebahagian besarnya berkiblat ke Barat. Akhir sekali, sistem pedidikan kita tidak menggalakkan nilai-nilai kritikal dan kreatif yang membantu penciptaan seni dan sastera bermutu tinggi.  

 

 

Pada pendapat Dr, adakah pendidikan seks patut diajar dengan lebih menyeluruh di sekolah-sekolah?

 

Apabila saya belajar di sekolah agama di Johor masa kanak-kanak dulu, sudah ada aspek-aspek pendidikan sex yang telah diperkenalkan kepada murid-murid. Ini bukan perkara baru.

 

Memandangkan pelbagai masalah sosial timbul dan serius sekarang ini berkaitan hubungan seks, seperti bersekedudukan dan mengandung di luar nikah, membuang bahkan membunuh bayi luar nikah, saya kira perlu diperkenalkan pendidikan  sex setakat yang diperlukan dan baik agar anak-anak muda berpengeahuan dan mempunyai sikap lebih bertnggungjawab dan bermoral terhadap soal dan perhubungan seks.

 

 

altalt

 

 

Apa pendangan Dr terhadap kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini?

 

Setakat yang berjalan sekarang ini, fitnah terhadap Anwar merupakan satu konspirasi untuk membunuh politik beliau bagi menjamin pemerintah yang zalim, rakus serta korup dan tidak telus terus memerintah. Nampaknya segala institusi, terutama mahkamah, polis dan media diperalatkan oleh pemerintah untuk memastikan Anwar dihukum.

 

Akhbar-akhbar milik atau dikuasai pemerintah terus menabur bermacam-macam fitnah. Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sebahagian Hakim yang terlibat berat sebelah, bahkan kelihatan memusuhi Anwar. Anwar dinafikan bermacam-macam perkara yang biasa diberikan kepada pihak tertuduh seperti senarai saksi, bahan-bahan bukti dan sebagainya.

 

Tidak ada tanda pihak pimpinan kerajaan berniat untuk memastikan Anwar mendapat keadilan sejati.

 

 

Mungkinkah Dr akan bertanding di Pilihan Raya Umum akan datang?

Tidak. (ketawa)

 
delinquent