Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Farah 'Breep Breep' Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Print E-mail
  
Friday, 17 August 2012 01:55

..

Bekas peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar, 27, atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep selamat melahirkan bayi perempuan, kelmarin. Tahniah!

Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata,

“Alhamdulillah.  Selamat datang ke dunia, puteriku. Farah OK dan baby juga sihat.”

Pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O ni juga turut berkongsi sekeping gambar puteri sulungnya itu.

..

..

Farah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15 Julai tahun lalu.

 

- mD

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.