.
Tidak dapat digambarkan bertapa gembiranya hati si bakal ibu, Amanda Misbun apabila buat kali pertama kali menyaksikan sendiri bayi dalam kandungannya yang kini telah berusia 5 bulan. Adik kepada dramatis terkenal, Haliza Misbun ini telah menjalani pemeriksaan imbasan bayi, pada malam Jumaat lalu.
Menurut Amanda, dia begitu terharu dan sangat teruja melihat kebesaran dan keajaiban Tuhan. Justeru tiada apa yang dapat diluahkan selain memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas rezeki yang dikurniakan kepadanya selepas dia disahkan hamil bayi perempuan yang sihat dan normal.
"Teruja dan rasa bagai hendak menitiskan air mata pun ada apabila dapat melihat sendiri fizikal anak yang saya kandung dalam perut ini. Malah rasa bagai mimpi dan tidak percaya pula yang bayi itu kini sudah membesar di dalam kandungan saya.
"Tambahan saya turut merasakan ia berlaku seperti begitu pantas kerana rasa macam baru sekejap sahaja saya mendirikan rumah tangga tetapi saya sangat gembira dengan kehidupan yang saya lalui sekarang.
"Alhamdulilah, bayi saya sihat dan normal. Cuma, doktor masih samar dengan jantina bayi itu dan daripada apa yang dia lihat, doctor hanya boleh meramalkan bayi saya perempuan kerana ketika scan di tempat alat sulitnya, dia sedang mengepitkan kakinya.
"Apa yang menggembirakan saya dia bergerak agak aktif juga kerana sempat melambai-lambai ketika sedang melalui mesin pengimbas," katanya Amanda dengan nada gembira.
.
Bercerita mengenai pengalaman hamil, pelakon drama Apa Celop ni memberitahu dia tidak setakat ini dia tidak mengalami sebarang masalah alahan. Meskipun nafsu makannya bertambah namun berat badannya hanya naik 1 kilogram. Selain itu Amanda kini sudah mula berehat daripada menerima apa jua tawaran berlakon, sekarang hanya menghabiskan waktu di rumahnya sahaja.
"Alhamdulillah saya tak mengalami masalah alahan yang teruk setakat ini. Malah tiga bulan pertama saya masih aktif berlakon. Tapi sekarang dah masuk lima bulan saya pelahankan sikit aktiviti seni. Sebenarnya saya okay saja cuma teman-teman sekeliling yang nasihatkan supaya 'berehat' daripada berlakon sebab mereka tengok saya bekerja macam tak ingat yang diri ni hamil,"
"Saya ni sudah lah tak boleh duduk diam, jadi bila duduk rumah tu, cepat rasa bosan. Sehinggakan bulan puasa ni, kalau bosan dan tak tahu apa nak buat, saya akan memasak. Pukul 3 petang saya dah mula masak dan lauk tu saya simpan untuk kami bersahur nanti. Berbuka pula, saya dan suami kebiasaanya suka berbuka di luar saja," ujarnya lagi.
Amanda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Hairulzain Fauzi pada 31 Mac yang lalu.
Dalam perkembangan lain, Amanda akan muncul menerusi lakonan dalam telefilem Apa Celop Raya sempena hari raya Aidilfitri ini dan akan kembali aktif selepas melahirkan bayinya nanti. Namun sekiranya ada watak yang betul-betul sesuai, dia akan mempertimbangkannya.
Selain, pada hari raya ini Amanda akan beraya di ibukota. Dia akan beraya di rumah sebelah mertua di Ampang dahulu. Kemudian balik ke rumah ibu bapannya yang terletak di Bangsar.
- mD