|
|
|
Tuesday, 07 August 2012 12:55 |
.
Pejam celik pejam celik pejam, hari ini dah 18 Ramadhan. Amacam puasa semua, berjalan lancar? Alhamdulillah. Stesen-stesen radio pun nampaknya mula berlumba-lumba mainkan lagu raya. Alahai, mood balik kampung dah tiba lemau jer rasa nak kerja, kan.
Seperti biasa sepanjang bulan ni MD tak putus-putus menerima undangan iftar. Kadang-kadang tu pening juga memikirkan jemputan mana satu yang nak dipenuhi. Pendek kata, kalau Isnin hingga Jumaat tu, lupakan lah hasrat nak ke bazaar atau balik masak di rumah sebab sebab ada saja agenda dan lokasi berbuka yang nak dituju MD. Syukur rezeki bulan puasa.
Nak dijadikan cerita baru-baru ni MD ke majlis iftar anjuran sebuah badan kerajaan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Di samping meraikan anak-anak yatim berbuka bersama-sama, majlis yang penuh meriah itu turut meraikan warga media seperti kami. Terima kasih.
Pada majlis tersebut, dua pelakon popular telah di pertanggungjawab sebagai hos. Kira-kira 20 minit sebelum tiba waktu azan, kedua-dua hos itu pun menjemput lah para hadirin mengambil juadah yang telah sedia terhidang di luar ballroom. Tidaklah nanti berebut-rebut, kan.
Kemudian apabila rata-rata hadirin telah duduk sambil menelan air liuh mengadap makanan, si pengacara lelaki pun sekadar memgumumkan lah nama seorang artis yang merupakan penyanyi yang tak kurang popularnya, di mana dia ditugaskan akan membacakan doa, nanti.
Tapi lain pula jadinya apabila sejurus namanya dipanggil, penyanyi itu terus ke pentas dan membaca doa yang dimulakan dengan ayat suci Al-Fatihah dan selawat. Jadi sekalian yang ada terus juga lah menadah tangan tanpa banyak bicara. Ingatkan, tak mengapalah kalau kita berselawat dulu tapi si penyanyi itu terus membaca doa berbuka. Apalagi, masing-masing terus melihat jam ditangan dan berpandangan satu sama lain. Ragu-ragu sekejap. "Dah berbuka ker?", ada hadirin yang bersuara.
Tak berapa minit selepas tu, si pengacara lelaki tadi berlari mendapatkan mikrofon dan segera membuat pengumuman jangan makan dulu sebab yang sebenarnya belum tiba masanya lagi untuk berbuka kerana ada kurang empat minit lagi sebelum azan Maghrib berkumandang. Ah sudah!
Mujurlah si pengacara itu bertindak, kalau tidak tak pasal-pasal tahan lapar dah dahaga percuma lah kami, heh. Kepada penyanyi tersebut, boleh jadi dia telalu teruja nak membaca doa, Tak apa lah. Tapi lain kali minta peka sikit ya.
- mD
|