|
|
|
Monday, 06 August 2012 12:27 |
.
Pelakon Anne Ngasri, 28, memberitau sejak dari mula dia menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz, 21, bukan saja keluarga malah anak-anaknya juga menyambut baik hubungan mereka.
Menerusi kenyataan di akhbar Kosmo hari ini, ketiga-tiga anaknya yang sedang membesar iaitu Abdul Warits Abdul Wafi, 6, Abdul Wafri, 4, dan Nazhakah Afroza, 1, sangat rapat dengan kekasih hatinya itu. Malah, Warits dan Wafri memanggil Aliff dengan panggilan daddy. Bagaiamanapun pemilik nama sebenar Nasriah Ngasri, berkata walaupun sudah tujuh bulan mereka bercinta, namun perancangan untuk mendirikan rumah tangga belum ada lagi.
"Kami masih selesa dengan keadaan sekarang. Biarlah kami tumpu kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu", katanya.
Tambahnya, meskipun jarak usia mereka berbeza, Anne tidak pernah berasa kekok, apatahlagi menggambarkan Aliff yang merupakan anak sulung sebagai seorang lelaki yang matang berbanding usia sebenar. Itu juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelakon Dunia Baru ini terpikat dengannya penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang-Sayang itu.
Selain itu, raya Aidilfitri tahun ini Anne sekeluarga akan pulang beraya ke kampungnya di Larkin, Johor. Dan buat pertama kali Anne akan turut menyambutnya di Singapura bersama keluarga Aliff.
Dalam perkembangan lain, Anne dan Aliff baru saja selesai menjalani penggambaran drama Spy terbitan syarikat Darling iaitu NS Star Sdn. Bhd. Sebelum ni mereka pernah digandingkan bersama dalam drama bersiri Antara Kita, Cinta Velog dan Sepai.
- mD
|