Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Zul Tak Terkejut Abby Lantang

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 01 August 2012 10:04

..

Pelakon Zulkifli Ariffin atau Zul berkata, dia tidak terkejut dengan kelantangan dan keberanian bekas teman wanitanya, Abby Abadi, dalam menyuarakan pendapat baik menerusi ucapannya di majlis-majlis ceramah mahupun di laman sosial Twitter sejak kebelakangan ini.

Menurut aktor bertubuh sasa ini, sepanjang mengenali wanita yang pernah bertahta dihatinya itu, Zul sudah tahu yang Abby memang seorang yang bersikap sebegitu. 

Bagaimanapun menurut Zul, dia sama sekali tidak tahu mengenai perubahan Abby yang  mana ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu kini bergiat aktif bersama parti politik PAS.

"Okay, sebenarnya saya tak tahu langsung tentang perkembangannya juga perubahannya ke arah itu (sertai PAS). Tapi saya tahu yang dia dah pakai tudung dan allhamdulillah saya gembira tengok dia dengan perubahan tu. Tapi itupun saya tahu menerusi statusnya di Facebook juga gambar-gambarnya yang tersebar luas di internet.

"Selebihnya seperti apa yang dia buat sekarang, masuk politik, sibuk berceramah sana sini, itu semua saya memang tidak tahu. Saya hanya dengar-dengar cerita dari orang sekeliling sahaja," kata Zul kepada MD tatkala diminta mengulas mengenai perhijrahan dan perubahan Abby Abadi, memandangkan Zul adalah insan istimewa yang pernah hadir dalam hidup bekas anggota kumpulan Elite itu.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas ni ditemui di majlis berbuka puasa Astro Shaw bertempat di Hotel One World, Bandar Utama, semalam.

Pun begitu, jejaka berusia 26 tahun mengakui terkejut apabila mengetahui Abby menceburkan diri dalam dunia politik kerana sepanjang mereka menjalin hubungan, Abby tidak pernah menyebut atau memberitahu yang dia berminat pada dunia politik. Bagaimanapun Zul berkata, Abby berhak menentukan apa yang terbaik untuk dirinya.  

"Pandangan saya, dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Saya sedia tahu sikapnya memang begitu-menyuarakan pendapatnya itu bukan lah baru sekarang tetapi sejak dulu lagi, itu memang dia. Dia memang berani menyuarakan pendapat. Kalau ada sesuatu perkara yang ingin diperkatakan, dia akan cakap apa yang dia rasa nak cakap,"

"Kalau dia rasa apa yang di abuat sekarang ni baik untuk dia, baguslah. Boleh kalau nak memberi pandangan terhadap sesuatu perkara, tetapi dia seharusnya perlu betul-betul bijak dan berpengetahuan tentang apa yang diperkatakan," ujar Zul lagi.

Ditanya samada dia tahu mengenai perang di Twitter yang tercetus di antara Abby dengan rakan artis seperti Datuk AC Mizal dan Umie Aida, baru baru ini, jawab Zul,

"Tentang isu PDRM tu saya ada dengar. Tapi yang dengan Umi Aida tu saya tak tahu."

Dalam pada itu tatkala diminta mengulas tentang kenyataan Abby yang mengatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang, Zul berkata dia kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Pada pandangan saya, show bisnes dengan politik berbeza. Dan dia cakap bila PAS memerintah baru dia dapat peluang berlakon, rasanya ramai jer orang yang bertudung dapat peluang berlakon sekarang". 
  
Ditanya juga status hubungannya dengan Abby sekarang, Zul memberitahu mereka sekadar kawan biasa dan sudah setahun tidak berjumpa.

"Biasa. Kami dah lama tak jumpa. Kali terakhir kami berjumpa sekitar September tahun lalu, sebelum saya menjalani penggambaran filem Penanggal, kata Zul yang kini sedang sibuk membuat persiapan dari segi meningkatkan stamina untuk menjiwai watak dalam lakonan terbarunya bagi sebuah filem bercorak aksi yang mana penggambaran dijangka bermula pada September depan.

 

- mD

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.