Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Keputusan Tuntutan RM367,000 Suki Ditunda

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Monday, 30 July 2012 17:50

Tunda. Suki yang di temani Jeremy (baju putih) mendengar peguamnya memaklumkan keputusan ditunda.Tunda. Suki yang di temani Jeremy (baju putih) mendengar peguamnya memaklumkan keputusan ditunda.

Ekoran kes tuntutan sebanyak bernilai RM367,000 yang difailkan oleh juara One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki, terhadap syarikat rakaman Galaxy Music Sdn Bhd, petang ini berlangsungnya prosiding bagi menentukan keputusan kes terbabit.

Pemilik nama sebenar, Low Sook Yee ni telah menuntut sejumlah wang berkenaan atas dakwaan pihak syarikat itu telah melanggar janji membabitkan pemasaran albumnya yang berjudul Ladies Night, di Taiwan sekitar 2010. Penyanyi berusia 22 tahun ini memfailkan tuntutan tersebut pada Disember tahun lalu.
 
Bagaimanapun pihak mahkamah memutuskan untuk menangguhkan keputusan kes tersebut ke tarikh 9hb Ogos depan.

Menurut peguam penyanyi itu, Ong Yu Jian, keputusan yang sepatutnya diberitahu hari ini terpaksa ditunda bagi memberi masa kepada pihak mahkamah meneliti semula tuntutan Suki juga tuntutan balas yang dikemukakan oleh pihak syarikat rakaman terbabit.

"Keputusan hari ini ada baiknya untuk Suki kerana sekurang-kurangnya masih ada masa dan peluang cerah. Sebab sekarang ni bukan Suki saja yang membuat tuntutan malah pihak Galaxy Music juga ada membuat tuntutan balas iaitu mendakwa Suki membatalkan kontrak lebih awal dari masa yang sepatutnya iaitu pada 2013. Serta beberapa dakwaan remeh seperti datang lewat ke persembahan. Tuntutan pihak Galaxy sangat remeh berbanding apa yang dituntut dan mahu dipertahankan oleh Suki.

"Jadi bila ianya ditunda, hakim ada lagi masa untuk membuat penelitian dan ini bermakna kes ini bukan mudah. Cuma kita hanya perlu menunggu sajalah buat masa ni", kata peguam tersebut ketika di temui di luar bilik perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang tadi.

Kecewa keputusan ditunda namun Suki tetap mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya.Kecewa keputusan ditunda namun Suki tetap mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya.

Sementara itu Suki yang turut hadir memberitahu dia masih dalam keadaan risau dan tidak berasa lega selagi belum mendengar keputusan hakim.

"Ni pertama kali saya ke mahkamah. Saya tak tahu penangguhan ni adalah sesuatu yang biasa berlaku atau tidak. Tapi saya sangat gusar sekarang tambahan saya perlu menunggu 10 hari lagi. Selagi keputusan ni tidak diumumkan, saya tidak dapat meneruskan aktiviti seni saya. Walaubagaimanapun tiada apa yang boleh saya katakan selain hanya mengharapkan berita baik berpihak pada saya", kata Suki kepada MD.

Suki turut berkata, dia hanya mahu menuntut haknya setelah apa yang diperlakukan oleh syarikat tersebut kepadanya disifatkan sebagai satu penganiayaan dan dia mengalami trauma.

"Mereka pernah lewat memberi bayaran persembahan kepada saya. Selain pada tahun 2010 ketika di Taiwan, saya dapat tahu mereka tidak memohon visa untuk saya. Saya ditahan pihak Imigresen Taiwan malah dikenakan denda kerana sudah melebihi tempoh lawatan. Saya tidak dibenarkan pulang ke Malaysia selagi tidak membayar denda. Tetapi pada ketika itu saya tidak mempunyai wang untuk membayar denda tersebut sedangkan saya hanya ada sedikit saja wang untuk perbelanjaan. Saya berasa trauma dengan apa yang saya lalui,"

"Jadi saya rasa saya perlu mengambil tindakan ini untuk mempertahankan hak saya" katanya dengan nada kecewa.

"Mahkamah adalah jalan terakhir. Kalau nak ikutkan di Malaysia ni kos pembikinan album sekurang-kurangnya hanya RM60,000 sahaja tetapi pihak Galaxy telah mengambil lebih daripada itu.

Ditanya samada beliau pernah cuba untuk berbincang secara baik diluar mahkamah, pengurusnya yang turut menemaninya menjawab,

"Kami pernah cuba untuk berbincang dengan mereka (Galaxy Music), namun mereka gagal menunjukan bil dan resit yang membuktikan kos tersebut berjumlah seperti itu. 

"Apatah lagi pihak mereka menuntut pula Suki untuk membayar pampasan RM200,000 atas dakwaan menamatkan kontrak lebih awal. Jadi tiada jalan lain selain menyelesaikannya di mahkamah", celah pengurusnya, Jeremy Chong sekaligus menjawab soalan bagi pihak penyanyi itu yang popular dengan lagu Terlalu Mencintaimu ini. 

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.