Jasmin Hamid Jatuh Cinta Dengan Shahrol Nizam? |
|
|
| Friday, 20 July 2012 00:50 | |||
|
Kisah bermula apabila Citra (Jasmin Hamid) yang datang dari keluarga kaya-raya jatuh cinta dengan Ehsan (Azhar Sulaiman), seorang pemain bola sepak negara. Ibu bapa Citra telah membuangnya dari keluarga setelah mengetahui tentang perhubungan mereka. Bermulalah hidup Citra dengan Ehsan tanpa wang yang melimpah-ruah sebagaimana dia dapati ketika hidup bersama ibu bapanya. Walaupun disekat kemewahan, mereka tetap gembira apabila dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Juwita (Eyka Farhana). Namun, kegembiraan mereka haya seketika, apabila Citra dan Ehsan membuat keputusan untuk bercerai ketika Juwita berumur 5 tahun. Juwita yang masih kecil ketika itu menyatakan hasratnya untuk tinggal bersama bapanya dan oleh kerana kecewa dengan keputusan anaknya, Citra telah membawa diri dan tidak mahu menghubungi anak dan bekas suaminya itu lagi.
Gaya hidup Citra dan Juwita telah membuatkan mereka sukar untuk hidup bersama tetapi kerana janji kepada Ehsan, mereka mencuba sedaya upaya untuk berbaik semula. Hidup menjadi semakin sukar apabila Juwita mula mempunyai perasaan terhadap Ilham, dan pada masa yang sama, Citra juga sudah jatuh cinta dengan Wira!
- mD
|

















.jpg)











