Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Abby Sahut Cabaran AC Mizal Berdebat Isu PDRM

Print E-mail
  
Monday, 16 July 2012 04:00

..

Ekoran tercetusnya isu mengenai kononnya pelakon Abby Abadi telah menghina Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Lantas seperti yang tersebar di beberapa blog hiburan tempatan, ibu tunggak kepada tiga cahaya mata itu telah menyatakan kesediaannya mahu menyahut cabaran Dato' AC Mizal yang mengajaknya berdebat tentang isu tersebut. A'ha, game on!

Menerusi laman Twitter-nya, Abby sempat bertanya kepada Dato’ AC Mizal sama ada dia sanggup menerima hakikatnya sekiranya beliau berjaya membuktikan kata-katanya itu bukan satu hinaan tetapi fakta. Setakat artikel ini ditulis, AC Mizal masih belum memberi reaksi tentang kesanggupan Abby untuk berdebat dengannya.

..

Tambah menarik Abby menyatakan yang dirinya mempunyai bukti, saksi dan mangsa sekali untuk ditunjukkan kepada AC Mizal. 

..

Diharapkan perdebatan ini dapat dibuat di tempat terbuka agar orang ramai dapat menyaksikannya sekaligus membuat kesimpulan mereka masing-masing.

Cuma sekarang ni kita hanya perlukan seorang moderator untuk memastikan perdebatan ini terkawal. Rasa-rasa siapa yang paling sesuai?

Bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, AC Mizal masih belum memberi reaksi tentang kesediaan Abby untuk berdebat dengannya.

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.