Selepas reda fenomena Gangnam Style, kemudian menyusul pulan tarian Harlem Shake ketika ini menjadi fenomena terbaharu dunia Youtube.
Tidak terlepas dari terkena demam Harlem Shake, penyampai radio Suria FM, Halim Othman turut mempunyi tarian Harlem Shakenya versinya sendiri, 'Halim Shake'.
Dalam laporan mStar online menyebut, Halim pada awalnya telah dipaksa oleh DJ Red FM, Lil Kev dan JJ yang mana telah bertanggungjawab memuat naik video asal mereka 'Halim Shake' di Youtube yang berdurasi 1.08 minit.
"Satu hari mereka berdua telah meletakkan kamera di depan saya dan meminta saya untuk menari seperti seperti Tan Sri SM Salim dalam lagu Apa Dah Jadi, jadi saya hanya menari mengikut apa yang saya tahu sahaja," katanya.
Halim memberitahu pergerakan tarian yang dilakukannya cukup mudah, namun apa yang sukar kerana dia tidak pandai menari.
Sementara itu, DJ Lil Kev berkata idea dan konsep asal koreografi untuk tarian 'Halim Shake' ini adalah daripada anaknya.
Dia berpendapat 'Halim Shake' akan lebih mudah diterima dalam budaya masyarakat di Malaysia dan lebih bersopan santun.