Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Izara Perjelas Isu Video Ala 'Menari Tiang'

Print E-mail
  
Thursday, 04 October 2012 03:32

Izara Aishah Menari SeksiIzara Aishah Menari Seksi

Dalam dua tiga hari ni, namanya menjadi bualan ramai berikutan pengakuan ikhlas mendedahkan bahwa hatinya kini sudah dimilik oleh seorang jejaka bergelar usahawan. Namun nama Izara Aishah semakin 'panas' video aksi tarian seksi ala menari tiang yang telah dimuatnaik menerusi laman YouTube, baru-baru ini.

Bercakap kepada media hiburan online, heroin Vanilla Coklat ni menjelaskan video yang sebenarnya merakamkan dia menari tarian tango itu adalah video lama. Ketika video itu dihasilkan umurnya belum pun mencecah usia 18 tahun.

Ketika itu juga dia belum lagi menyertai Dewi Remaja. Sebetulnya tarian yang diperlihatkan itu adalah footage projek khas dia dan teman sekolej, untuk semester akhir pengajian.

Bagaimanapun dua tidak menyangka yang video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook.

Dalam pada itu Izara turut meminta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan kostum seksi yang Izara gayakan. Izara berkata dia sudahpun berubah dan tidak akan pakai lagi pakaian sedemikian.

Izara mengakui satu masa dulu dia memang seksi tetapi seiring dengan kematangan usia, dia kini sudah boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk.

 

-mD

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.