Eun Jung (T-ara) Kenang Honeymoon di M'sia, Teruja Nak Jumpa Fans! |
|
|
| Farahanim Rahim | |||
| Wednesday, 03 October 2012 12:28 | |||
|
Pastinya mahu memberikan satu persembahan yang funky, seksi, fantastik dan penuh intim dengan peminat, di showcase mereka, malam ini! Itu janji ketujuh-tujuh gadis comel ni ketika di sidang media yang berlangsung di hotel JW Marriot, sebentar tadi. Menggelarkan diri mereka sebagai T-ara, ini merupakan pertama kali Eun Jung, Areum, SoYoen, Boram, Qri, Ji Yeon dan Hyomin akan membuat persembahan live di hadapan sekalian Queen's (gelaran buat peminat) Malaysia.
Mewakili rakan-rakan lain, SoYoen berkata, meskipun teruja untuk menhiburkan peminat malam ini, tapi dalam masa sama mereka tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang dengan perbezaan bahasa. Namun malam ini T-ara sedaya upaya cuba berkomunikasi dengan fans menggunakan bahasa Inggeris. Dan mana tahu, kalau-kalau mereka akan bertutur dalam bahasa Melayu, nanti.
T-Ara, kumpulan idol popular Korea yang dibentuk pada tahun 2009 ni bernaung dibawah syarikat Core Contents Media. Mereka juga telah menandatangani kontrak bernilai $4.3 juta dengan syarikat pengurusan J ROCK untuk album debut Jepun. Sekaligus ia merupakan kontrak tertinggi dikalangan semua grup wanita yang pernah diperkenalkan dalam akhbar di Jepun.
- Foto-foto oleh Cipotredz - mD
|































