Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Nafi Gosip Panggil Aidil Sayang, Akui Kenal Penyebar Fitnah

Print E-mail
  
Wednesday, 03 October 2012 08:47

..

Pelakon Jue Aziz enggan mengulas mengenai gosip berkenaan dia dikatakan semakin intim dengan Aidil Zafuan.

Menerusi kenyataan di akhbar Kosmo hari ini, Jue berkata gosip tersebut mengarut dan tidak betul. Menurut Jue, dia sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara itu boleh berlaku. Malah dia yang mengetahui siapa dalang di sebalik cerita tersebut dapat merasakan yang penyebar fitnah itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini.

Walaupun dia menyatakan tidak mahu ambil pusing dengan perkara itu, namun Jue memberitahu pada awalnya dia berniat mahu membawa kes tersebut ke mahkamah dan merujuk kepada peguam. Tetapi bila fikir balik, timbul rasa kasihan dengan keadaan 'orang itu'.  Namun tidak mahu mendedahkan siapakah individu terbabit.

Jelas Jue lagi, dia tidak tergamak berbuat demikian memandangkan 'orang itu' mempunyai anak-anak masih kecil tambahan masalah dengan suami. Tidak mahu dikatakan zalim, jadi dia memilih untuk berdiam diri.

Gosip ‘panas’ mengatakan pelakon seksi itu menjalin hubungan dengan Aidil hangat diperkatakan baik menerusi media massa mahupun blog-blog hiburan tempatan, sejak sekitar Ogos tahun lalu. Semalam, sebuah akhbar menyebut bahawa Jue telah mendapat hadiah mahal daripada Aidil selain mendakwa hubungan mereka kini semakin serius dengan panggilan sayang. Jue juga dikatakan telah menerima hadiah sebuah beg tangan mahal daripada bintang bola sepak kebangsaan itu.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.