|
|
|
Wednesday, 03 October 2012 01:47 |
.
Nampaknya penyanyi yang seorang ini begitu optimis memahat nama di persada hiburan global sepertimana rakan seperjuangan, Zee Avi dan Yuna.
Selepas mengintai pasaran di Amerika Januari lalu, penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina dikhabarkan bakal mengembangkan karier seninya di Australia pula pada hujung bulan ini.
Bercakap pada mStar online, Mizz Nina berkata, dia akan mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Take Over di Melbourne, Australia dan berharap ia dapat diterima oleh peminat negara itu.
Disamping itu, isteri kepada vokalis Noh (Hujan) ni turut akan mengintai peluang dengan melawat beberapa buah syarikat rakaman bagi membolehkan dia menerbitkan album di negara itu.
Dalam perkembangan sama, Mizz Nina baru sahaja melancarkan single terbarunya Summer Burning khas buat peminat. Lagu tersebut dicipta oleh DJ Poet yang sering bekerjasama dengan kumpulan Black Eyed Peas dan Fergie.
Dalam perkembangan lain, Mizz Nina dan Noh (Hujan) akan berangkat ke Pulau Borocay, Filipina selama empat hari bermula Sabtu ini untuk penggambaran program Destinasi Cinta Bersama AirAsia. Alang-alang ke sana, Nina berkata dia dan suaminya akan menggunakan kesempatan itu untuk berbulan madu.
- mD
|