Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Anne Sahkan Putus Dengan Aliff Aziz, Rahsiakan Punca

Print E-mail
  
Monday, 24 September 2012 01:26

..

"Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami," jawab ringkas Anne Ngasri kepada laman portal murai.com.my

Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari semalam, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Anne bagaimanapun tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya yang kini telah berakhir turut meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka.

"Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja," katanya dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.