Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Terima Dana RM1 Juta, Shila Bakal Mulakan Kerjaya di China

Print E-mail
  
Monday, 24 September 2012 01:08

shila_menang_asianwave2012shila_menang_asianwave2012

Dinobatkan juara Asian Wave 2012 yang berlangsung di China baru-baru ini, Shila Amzah bukan sahaja telah mengharumkan nama negara, malah dia juga mendapat dana berjumlah lebih RM1 juta.

Memetik kenyataan di murai.com.my, Shila menjelaskan wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai rangkuman lain berkaitan karjayanya sebagai penyanyi di China. Bagaimanapun ianya masih lagi dalam perbincangan dengan pihak penganjur.

Shila yang bakal pulang pada 26 September ini turut berkata dia bersyukur kerana kini lebih dikenali tambahan dia satu-satunya peserta yang memakai tudung.

Selain itu dia juga telah mendapat pelbagai tawaran dari beberapa pihak di sana. Malah, tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara.

Shila turut mendapat jemputan untuk menyanyi di India oleh seorang juri dari India. Seorang lagi juri iaitu Eric Woo juga telah menawarkan untuk menyanyi bersama di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember depan.

Disebabkan semua tawaran berkenaan, Shila akan mengambil kelas Mandarin. Selepas ini pun, dia akan kerap berulang-alik ke China.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.