|
|
|
Saturday, 22 September 2012 01:45 |
.
Industri hiburan semalam menerima berita gembira lagi membanggakan atas kejayaan penyanyi berbakat besar, Shila Amzah dinobat sebagai juara Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China, malam Khamis lalu.
Sepertimana peminat yang pastinya tersenyum lebar mendengar khabar itu, tidak terkecuali pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut berbangga dan memuji Shila.
Bercakap kepada mStar online, Sharnaaz menganggap kekasihnya itu layak diangkat sebagai juara atas usaha dan kerja keras selepas 12 tahun bergelar artis serta kesungguhan Shila membuat persiapan termasuk mempelajari bahasa Mandarin sebelum menyertai pertandingan itu.
Malah aktor itu juga merasakan ganjaran itu daripada Tuhan untuk Shila yang sering dikutuk dan dipertikaikan itu dan ini oleh segelintir pihak di laman Twitter sebelum ini. Sharnaaz juga berharap kejayaan itu akan menjadi motivasi untuk buah hatinya lebih fokus pada bidang nyanyian selepas ini.
Sharnaaz yang menggemari nyanyian gadis berusia 22 tahun itu ketika menyampaikan lagu Grenade (Bruno Mars) turut memberitahu yang dia sudah tidak sabar untuk menanti kepulangan Shila ke Malaysia pada 26 September ini.
- mD
|