Doktor, Arkitek, Peninju Tomoi Berentap! - MasterChef Malaysia II |
|
|
| Friday, 21 September 2012 16:02 | |||
|
MasterChef Malaysia ternyata telah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Bertitik tolak daripada kejayaan dan sambutan musim lalu, Astro membawakan kembali MasterChef Malaysia untuk musim kedua. Sesi ujibakat telahpun bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) sejak 8 September lalu. Seramai 24 orang peserta yang akan meneruskan perjuangan MasterChef musim ini rata-rata mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh. Mereka hadir daripada pelbagai latarbelakang seperti doktor, arkitek, penasihat kecantikan dan peninju tomoi. Sewaktu di Boot Camp, kesemua peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia musim kedua ini. Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara.
Bertemakan ‘Dapur’ Malaysia ke Persada Dunia, MasterChef Malaysia musim kedua bakal memfokuskan kepada penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, program realiti masakan ini masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan.
- mD
|





























