Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Ikan Lumba-Lumba, 'Big Bang', Mahkota... Kejutan Pandora Untuk Pandelela

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 21 September 2012 12:19

Pandelela menunjukkan rantai tangan Pandora yang diterimanya.Pandelela menunjukkan rantai tangan Pandora yang diterimanya.

Jika sebelum aktres Julia Ziegler, Rozita Che Wan, Vanida Imran dan Sofea Jane antara personaliti popular yang pernah memperagakan koleksi barang kemas yang unik dan istimewa, Pandora. Berbeza kali ini, sempena 'Koleksi Musim Luruh: Cerita Saya, Rekaan Saya', bintang sukan tanah air, Pandelela Rinong ank Pamg telah dipilih sebagai tetamu khas bagi memperagakan jenama barang kemas dari Belanda ni.

Lebih menarik Pandora telah memberi kejutan kepada ratu terjun negara itu dengan menghadiahkannya seutas rantai tangan berasaskan charm, bernilai lebih RM2000. Dengan rekaan tersendiri, gelang tersebut terdiri daripada 15 charm yang setiap satunya mempunyai cerita mengenai diri pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 ni.

Bagaikan bertemu sahabat baik yang sekian lama tidak berjumpa. Itu suasana yang boleh penulis gambarkan tatkala bertemu dengan ratu terjun negara ni buat pertama kali, pada majlis ringkas yang diadakan di butik Pandora @ Habib di Ampang Point, semalam. Tanpa sempat penulis memperkenalkan nama, kami sudah boleh bertegur mesra.

Meskipun perlu bergegas pulang untuk menjalani latihan, gadis berusia 19 tahun yang lebih senang disapa sebagai Lela ni sempat juga bercerita dan menerangkan maksud charm pada rantai tangan yang dipakainya.

Teruja. Lela bercerita tentang dirinya kepada kakitangan Pandora.Teruja. Lela bercerita tentang dirinya kepada kakitangan Pandora.

"Saya gembira dan berterima kasih kepada Pandora kerana memberi cenderamata kepada saya sebagai tanda penghargaan dan kejayaan saya di Sukan Olimpik lalu. Saya suka dengan semua charm ni sebab ianya cantik. Tambahan ia mencerminkan personaliti saya dan karakter apa yang saya gemari. Rekaan Pandora ni juga sesuai untuk para remaja.

"Saya memakai tribal charm yang mewakili Kampung saya (Kupuo) Jugan, Bau. Selain Charm Raflesia, menandakan saya berasal dari Sarawak. Ada charm ikan lumba-lumba, sebenarnya nickname saya ialah LuluGDolphine. Saya suka dengan ikan lumba-lumba. Saya selalu berharap satu hari nanti saya dapat berenang dengan ikan-ikan lumba.

"Ada juga charm Pisces iaitu zodiak saya. Ada The Japanesse lucky cat charm simbolik kepada pembawa tuah kepada karier saya dan saya juga merupakan seorang peminat muzik KPop. Saya suka kumpulan Big Bang. Ada charm bendera London dan mahkota menggambarkan momen yang takkan saya lupakan iaitu menang pingat gangsa semasa di Olimpik yang lalu.

Dalam pada itu, tatkala diminta berkongsi mengenai apa lagi yang menarik mengenai dirinya, Lela berkata dia sebenarnya seorang pemalu, gemar cosplay dan anime. Suka menonton filem seram dan antara filem seram yang gemari ialah filem Jepun berjudul Sudoku. Dan kalau dikalangan kawan-kawan, dia sebenarnya seorang yang suka menyakat.

Tidak pernah terfikir mahu menjadi seorang penerjun, Lela memberitahu cita-cita sebenarnya ialah mahu menjadi ahli gimnastik. Dan hari ini, sukan terjun telah melonjakkan namanya dipersada sukan bukan saja negara tapi dunia.

"Sebenarnya saya nak jadi ahli gimnastik. Tapi jurulatih terjun yang pilh saya untuk mewakili sukan terjun, hinggalah ke hari ini", ujarnya.

Mengakui bukan mudah menjadi Pandelela lebih-lebih lagi selepas meraih pingat, kerana disamping dikenali ramai, dia juga perlu mempersiapkan diri untuk mencipta lagi kejayaan seterusnya di masa akan datang. Namun dia seronok melalui kehidupannya hari ini sebagai seorang atlit profesional.

Dalam perkembangan lain, Lela kini giat membuat persediaan bagi menyertai Kejohanan Terjun Asia di Dubai pada November ini. Sebelum itu sempat Lela memberitahu yang dia akan mencuri masa  untuk pergi menyaksikan konsert Big Bang di Satdium Merdeka pada 27 Oktober nanti. Kemudian selepas kejohanan di Dubai, dia merancang mahu pergi bercuti ke Korea.

..

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.