|
|
|
Thursday, 20 September 2012 08:42 |
Foto dipetik dari Gua.com
Selepas empat tahun mendirikan rumahtangga dengan Omar Sharif Christopher Layton, penyanyi berkaliber, Ning Baizura dan suami akhirnya bakal menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka apabila Ning kini disahkan hamil hampir lima bulan.
Memetik kenyataan di Gua.com, meskipun berbadan dua Ning, 37, memberitahu dia masih tetap aktif dengan aktiviti seni malah masih menerima persembahan pentas sehingga 20 Disember 2012. Cuma dia sudah mula menghadkan persembahannya iaitu satu persembahan saja setiap minggu.
Dalam pada itu Ning juga kini dalam proses untuk merakam album kanak-kanak, sekaligus merupakan album khas untuk bakal cahaya matanya. Sebanyak lima atau enam lagu yang akan dimuatkan dalam album keluaran Universal Music ini dan di jangka dipasarkan sekitar awal Januari depan.
Berkongsi mengenai pengalaman hamil, Ning berkata dia tidak berasa mual, muntah atau pening juga tidak mengidam sebarang makanan. Disebabkan tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam seperti wanita hamil yang lain, Ning masih tidak percaya yang dia kini hamil. Di samping itu Ning juga mengamalkan memakan makanan berhasiat seperti tempe, tofu, minum air kacang soya, buah-buahan, oat, ikan serta makan dua biji kurma setiap hari.
Ning turut memberitahu beliau kini sudah membaca dua buah buku mengenai kehamilan sebagai persiapan untuk dirinya menjadi seorang ibu. Dijangka melahirkan anak pada pertengahan Januari depan, Ning mengakui masih belum membuat sebarang persiapan untuk kelengkapan bayi kerana masih belum mengetahui jantina anaknya.
Perkembangan lain, bulan depan Ning membuka studio sendiri. Dia juga merancang untuk mengadakan konsert sempena 20 tahun dia dalam industri dan bakal melancarkan jenama wangian sendiri.
- mD
|