Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Konsert Atas Air SM TOWN di Kota Singa November Ini!

Print E-mail
  
Tuesday, 18 September 2012 08:01

..

Sekalian peminat muzik K-pop, kami difahamkan mulai minggu depan sehingga hujung tahun ini anda semua akan sibuk menerima kunjungan penyanyi juga pelakon popular Korea yang akan mengadakan konsert dan showcase bersilih ganti di ibu kota Kuala Lumpur.

Sementara itu, keterujaan untuk menyaksikan konsert barisan idola kegemaran anda itu akan turut diteruskan hingga ke Singapura. Atas nama SMTOWN Live Tour III, mengambil tempat The Float @ Marina Bay yang mampu memuatkan seramai kira 18, 000 penonton, ikonik K-pop artis SM Entertainment iaitu syarikat muzik berpengaruh di Korea Selatan yang akan menampilkan bintang seperti BoA, Super Junior, Girls Generation, EXO dan SNSD akan membuat persembahan pada 23 November ini bermula jam 6.30 petang.

EXOEXO
Menarik, konsert mega yang julung kali diadakan di kota Singa ini berkonsepkan pentas terapung sekaligus ia merupakan konsert terapung terbesar di dunia. Konsert ekstravaganza SMTOWN Live Tour III di Singapura akan berlangsung selama 4 jam dengan kesan khas  melalui elemen lampu dan air, aksi serta tarian energetik dan muzik terbaik daripada barisan artis tersebut.

Sebelum ini konsert SMTOWN pernah diadakan di beberapa arena berprestij antarabangsa seperti Madison Square Garden, New York yang menghadirkan seramai 15,000 penonton juga di Zenith de Paris di Perancis dengan jumlah seramai 14,000 penonton. Sehingga kini, lebih setengah juta orang di seluruh dunia telah menghadiri konsert SMTOWN sejak lawatan pertama bermula pada tahun 1999.

SNSDSNSD

Dan hentian di Singapura, SMTOWN Live Tour III akan berlangsung di atas pentas terapung untuk kali pertama, yang mana pengalaman yang pasti memyeronokan ini tidak akan anda alami di negara-negara sebelum ini. Pentas terapung terbesar di dunia sepajang 120 meter dan 83 meter lebar itu juga akan menempatkan zon mosh pit yang mampu memuatkan lebih 5,000 peminat.

"Konsert SM Town merupakan kemuncak kepada semua konsert K-pop dan kami sangat teruja merealisasikan untuk para peminat. Sebagai konsert besar yang hanya diadakan di negara-negara terpilih antarabangsa, kita berharap konsert ini akan memberi impak serantau untuk membawa muzik progresif dan produksi yang berkualiti di sini, " kata Beatrice Chia-Richmond, Pengarah Kreatif Running Into The Sun.

Tahun ini, SMTOWN Live Tour III telah diadakan di Anaheim, Amerika Syarikat, Hsinchu, di Taiwan, Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea. Singapura menjadi destinasi keenam dan dijangka akan menarik penonton dari seluruh rantau ini.

..

Tiket-tiket SMTOWN Live Tour III in Singapore akan dijual mulai 2 Oktober 2012. Bagi pengguna telefon bimbit handset dan pemengang kad ahli OCBC, anda boleh membuat tempahan, sehingga 1 Oktober 2012. Maklumat lanjut, www.facebook.com/runningintothesun

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.